Ketika mendengar nama Piri Reis, sebahagian daripada kita mungkin akan mengernyitkan dahi kerana tidak tahu nama itu. Tapi, tahukah kalian kalau Piri Reis merupakan pencipta peta dunia terlengkap.
Ia terkenal kerana peta-petanya dalam Kitab-ı Bahriye (Buku Navigation), dan juga peta dunianya yang diselesaikan pada tahun 1513 dan ditemui di Istana Topkapi di Istanbul pada tahun 1929.
Sempat hilang beberapa ratus tahun, akhirnya peta tersebut dijumpai. Sayang yang tersisa hanya berukuran 90 x 65 cm dan dibuat di atas sekeping kulit rusa. Peta tersebut ditandatangani oleh Piri Reis sendiri bertanggal Muharam 919 Hijrah atau 9 Mac - 7 April 1513 Masihi dan dikatakan cukup tepat kerana digambarkan dengan lengkap dan cukup terperinci.
Pada mulanya, ramai yang sangsi terhadap bukti keberadaan peta tersebut. Di peta yang terlihat jelas hanyalah kawasan Laut Timur Tengah. Sementara kawasan lain seperti benua Afrika dan Amerika sama sekali tergambar sangat berbeza.
Barulah setelah gambar hasil pemotretan dari satelit pada zaman moden ini digabungkan dengan peta kuno karya muslim yang bernama asli Ahmed Muhiddin Piri ini ternyata sangat nyata kebenarannya.
Di tahun 1528, Piri Reis melukis peta dunia kedua, dengan menggunakan dua puluh peta asing dan mappa mundi (Arab, Sepanyol, Portugal, China, India, dan Yunani), termasuk peta milik Christopher Columbus.
dari pelbagai sumber