Bakal nikahi Shila Amzah tahun ini, Ubai tunggu ibu selesai rawatan kim0terapi


Pertunangan penyanyi Shila Amzah dan influencer, Ubai pada Sabtu lalu sememangnya mengejutkan ramai memandangkan ada khabar angin mengatakan yang hubungan percintaan mereka sudah putus.

Namun sangkaan tersebut meleset apabila mereka sudahpun mengikat tali pertunangan dalam suasana tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat dekat.

Perancangan tahun ini

Memetik laporan dari Kosmo!, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli menyatakan yang mereka bakal bernikah dalam tahun ini juga. Namun, perancangan tersebut turut bergantung kepada kondisi ibunya,  ibunya, Rohani Jamal, 52,  yang disahkan menghidap kanser ovari tahap 3 sejak enam bulan yang lalu.

“Kalau ikut perbincangan awal, keluarga kami ingin pernikahan serta resepsi dijalankan dalam tahun ini juga, tetapi kita tengok dulu keadaan kesihatan emak saya.

“Buat masa ini doktor maklumkan emak perlu menjalani enam sesi kimoterapi dan setakat ini sudah tiga sesi dilakukannya.

“Apa-apa pun kita tengok dulu tarikh bersesuaian iaitu selepas selesai sesi kimoterapinya nanti. Paling penting kesihatan emak,” katanya.

Ujian datang bertimpa-timpa

Tambah influencer itu lagi, ujian dalam hidupnya seakan bertubi-tubi apabila adiknya meninggal dunia pada Aidilfitri tempoh hari disebabkan kemalangan jalan raya.

Jadi, dia sama sekali tidak berniat merahsiakan pertunangan tempoh hari kerana hanya mahu dihadiri keluarga sahaja.

“Besar ujian keluarga kami. Namun emak minta saya dan Shila teruskan saja majlis pertunangan yang telah dirancang sebelum ini,” ujarnya.

“Saya datang daripada keluarga besar dan rapat, begitu juga dengan Shila yang mahu semua insan terdekat kami ada pada hari istimewa itu,” ujarnya.

Ibu didukung abang sarungkan cincin

Dia dan keluarga hanya membawa cincin merisik dan cincin tanda sahaja untuk Shila dan disarungkan sendiri oleh ibunya.

Ubai memaklumkan yang ibu tersayang telah naik ke atas pentas didukung abangnya untuk menyarung cincin dan bertemu dengan bakal menantu.

“Emak nampak bertenaga semalam biarpun perlu didukung abang untuk naik ke pelamin bagi menyarungkan cincin.

“Baik saya, mahu pun Shila, kami mendahulukan kesihatan emak yang sememangnya mahu lihat kami disatukan segera,” tambahnya.

Dalam pada itu, influencer berkenaan juga sempat mengulas kedatangan bapa Shila, ND Lala sewaktu pertunangan mereka tempoh hari.

Menurut Ubai, penyanyi veteran tersebut datang sejak majlis belum bermula lagi dan sempat mengucapkan tahniah kepadanya dan Shila.

Walaupun jarang berbual, dia sudah beberapa kali bertemu dengan ND Lala sebelum ini sejak dia mulai berkawan Shila.

Sumber: Kosmo! (Hanisah Selamat) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post