“Bimbang ia semakin membesar”–Ubai selamat jalani pembedahan buang ketumbuhan di kepala

 


PERSONALITI media s0sial Ubai selamat menjaIani pembedahan kecil membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Kata Ubai atau Muhammad Ubaidillah M0hd Zulkefli, 25, dia mula menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu.

Atas nasihat doktor dan bimbang ketumbuhan itu semakin membesar, Ubai mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

"Hanya pembedahan kecil sahaja membuang ketmbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini.

"Ia semakin membesar dan d0ktor juga nasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu saya lakukan pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Terdahulu, Ubai memuat naik gambar ketika dan selepas menjaIani pembedahan itu di Instastory miliknya.

Shila dilihat turut bersama Ubai selepas pembedahan.

Dalam pada itu, kekasih kepada penyanyi Shila Amzah ini turut meluahkan rasa syukur kerana pembedahan itu berjalan lancar.

Masih dalam keadaan lemah, Ubai berkata dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

"Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi," ujarnya ringkas.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post