Ebit Lew ajar ucap syahadah, wanita ini terus berhijab selepas peluk Islam


Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew meIuahkan rasa syukur apabila dia mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Paweena di hadapannya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pendakwah yang berusia 39 tahun itu di laman Instagramnya, difahamkan Paweena telah berhubung dengan Ebit Lew di Faceb0ok untuk bertanya soalan mengenai Islam dengan lebih mendalam.

Sebaik sahaja seIesai mengucap dua kalimah syahadah, dia kemudiannya membawa Paweena mendaftarkan statusnya sebagai agama Islam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.


“Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena. Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah
“Katanya inilah hari paling bahagia daIam hidupnya. Tidak pernah rasa begini.
“Dia berhubung melalui Facebook tanya s0alan berkenaan Islam. Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam,” katanya.


Netizen sebak

Susulan itu, menjengah ke ruangan k0men, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat video pendakwah terbabit yang telah berjaya menarik seseorang untuk memeluk agama islam.




Harap ada yang bantu untuk membimbing dia

Dalam pada itu, netizen berharap akan ada individu lain yang akan membantu membimbing Paweena untuk terus mengajar dan mengenal agama Islam dengan lebih mendalam.





Sumber: Instagram @Ebit Lew / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretannasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post