“Eh Aku Belum Bayar,” Lelaki Terpaksa Patah Balik Ke Kedai Sebab Lupa Bayar Lepas Makan


“Eh Aku Belum Bayar,” Lelaki Terpaksa Patah Balik Ke Kedai Sebab Lupa Bayar Lepas Makan

Malaysia sememangnya terkenal dengan ‘Syurga Makanan’. Jadi, tidak hairan sekiranya kita melihat deretan kedai makan dibuka di sepanjang jalan.

Perkara ini sememangnya memudahkan orang ramai kerana tidak perlu bersusah payah untuk mencari kedai makanan lebih-lebih lagi bagi mereka yang melakukan perjalanan jauh.

Oleh itu, mereka boleh singgah ke mana-mana kedai yang diingini sama ada bersama keluarga, rakan-rakan mahupun pasangan masing-masing.

Namun, pernahkah anda mengalami situasi yang mana terlupa membayar makanan setelah selesai makan? Ketika dalam perjalanan pulang barulah anda menyedarinya.

Lupa Bayar Lepas Makan, Lelaki Dah “OTW” Drive Balik

Dalam satu klip rakaman baru-baru ini menunjukkan gelagat seorang lelaki terlupa membayar makanan tular di media sosial.

Menerusi hantaran video _mai93_ dipercayai isterinya di TikTok memaparkan karenahnya yang sedang memandu pulang setelah selesai makan di sebuah kedai.

“Dah nak sampai rumah baru teringat makanan yang dekat kedai tadi belum bayar. Terus suami kita u turn pergi kedai tu balik. Nasib baiklah kedai tu tak jauh dari rumah kita wak,” tulis kapsyennya di TikTok.

Ketika dalam perjalanan pulang, isterinya sempat bertanyakan harga makanan yang telah dimakan. Bagaimanapun, reaksi suaminya terkejut setelah terdengar pertanyaan tersebut sehingga mencuit hati ramai.

“Eh..Astaghfirullahalazim. Aku belum bayar. Astaghfirullahalazim,” ujarnya.

Terus Buat U-Turn

Menariknya, dia tanpa berfikir panjang terus mengundurkan kenderaan yang dinaiki dan berpatah kembali ke kedai itu. Ia bagi melunaskan bayaran makanan yang belum dibayar mereka.

“Selamber je bangun… Aduhh,” keluhnya yang penuh rasa bersalah.

Tambah wanita di dalam kenderaan tersebut, dia juga menyangkakan suaminya telah membayar makanan di kedai tersebut.

VIDEO KLIK DISINI

Reaksi Netizen Lihat Abang Driver Gelabah Terlupa Bayar

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah suaminya yang spontan itu. Mereka menganggap sikap jujur tersebut wajar diberikan pujian.

Bukan sahaja itu, sebahagian netizen turut berkongsikan pengalaman hampir serupa yang pernah dialami oleh mereka.


Untuk makluman, video ini mendapat lebih 1.3 juta tontonan dan lebih 79,000 tanda ‘Suka’ serta lebih 1,000 komen dari pengguna.

Sumber: TikTok _mai93_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post