Faktor Genetik, Liyana Jasmay Bimbang Berisiko Hidap Kanser – ‘Saya Buat Pemeriksaan, Jaga Pemakanan’


 

Pelak0n dan penerbit Liyana Jasmay akui mengambil berat tentang status kesihatannya memandangkan ibu bapanya mninggal dunia disebabkan penyakit kanser.

Liyana lebih peka s0al kesihatan

Liyana memberitahu pemergian kedua-dua orang tuanya itu secara tidak langsung memberikannya kesedaran dan pengajaran untuk menitikberatkan fakt0r kesihatan. Ujar penyanyi berusia 35 tahun ini lagi, dia kini lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan.

Genetik saya memang berisik0 untuk menghidap kanser sebab ayah kanser paru-paru, mak saya kanser 0tak dan mak cik, kanser payu dara.

Jadi kami memang perlu lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Bagi saya, saya kena menjaga pemakanan dan mengelak untuk mengambil makanan proses dan berlemak.

Bercerita dengan lebih lanjut, Liyana akui sedih dengan pemergian dua insan tersayang namun reda dengan ketentuan-Nya kerana percaya bahawa kedua-dua orang tuanya kini berada di tempat yang lebih baik selain tidak perlu menanggung kesakitan lagi.

Kesedihan tu dah berlaku dua bulan lalu, tak boleh nak jelaskan apa yang berlaku dalam kehidupan kami. Sebenarnya susah nak beritahu sebab kami terlalu terkejut dengan apa yang berlaku.

Saya sekarang boleh kirimkan doa serta buat apa yang di pesan seperti menjaga silaturahim dengan insan yang dia sayang. Saya kehiIangan arwah mama pada 12 Mei lalu, 17 bulan selepas arwa\h bapa meninggalkan saya pada 2021.

‘Raya terakhir bersama mama..’

Menurut Liyana, penyakit yang menimpa ibunya itu dalam dikesan oleh mereka sekeluarga dan hanya mengetahuinya selepas kanser tersebut berada di tahap terakhir.

Awalnya mama mengalami masalah penglihatan sejak tiga tahun lalu. Sebelum mama menjalani pembedahan mata, kami sempat pergi bercuti. Selepas pembedahan, tiba-tiba mama jalan senget. Hasil pemeriksaan yang dilakukan akhirnya mendapati mama menghidap barah otak tahap empat.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 ini akui tersenyum setiap kali terkenangkan momen-momen indah bersama arwah ibu bapanya.

Tahun ini merupakan raya terakhir bersama mama. Tapi saya bersyukur dapat meraikannya bersama-sama. Saya pakaikan dia baju raya dan kami bergambar walaupun ketika itu mama sudah tidak boleh lagi bercakap.

Terdahulu, ibu Liyana, Allahyarhamah Datin Habsah Simpon mninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas dua bulan disahkan menghidap barah otak pada usia 66 tahun.

Bapanya pula, Datuk Jasmay Md. Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat kanser paru-paru pada 17 Disember 2021.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretannasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post