Gadis Dikebumikan Dengan Rahim Kosong Tanpa Janin, Ribuan Manusia Penuhi Kubur

 


Terlanjur lalu enggan merahsiakan tentang kehamilan luar nikah menjadi punca seorang gadis berusia 21 tahun dianiaya teruk oleh teman lelakinya sendiri. Pelayan restoran itu ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di sebuah kebun sawit di Sungai Besar, Sabak Bernam.

Keluarga awalnya tidak percaya…Namun pasrah menerima takdir pahit

Keterangan daripada 10 individu sudah diambil, post-mortem telah dijalankan, akhirnya malam tadi Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan. Hasil rakaman yang dikongsikan oleh akaun TikTok Mr Wanchai Official, terdapat ribuan manusia datang untuk menyaksikan proses pengebumian anak muda berkenaan.

VIDEO KLIK DISINI

Saya anggap dia sebagai adik…Harap pembelaan dia tu , kita fight…Jangan lepaskan penjenayah ni

Meskipun tidak kenal sesama sendiri, ramai yang tersentuh dengan pemergian pilu terbabit. Hasil temubual, rakan-rakan menyifatkan Allahyarhamah adalah seorang yang sangat ceria dan baik. Menurut laporan terbaru, punca utama pemergian gadis ini adalah disebabkan kecederaan serius pada bahagian dada.

VIDEO KLIK DISINI

Allahyarhamah dikebumikan tanpa janin (berusia 4 bulan)

Keluarga kandungnya enggan memberi kenyataan lanjut selagi siasatan pihak polis belum selesai. Namun apa yang pasti, mereka berharap semoga keadilan buat si adik terbela dan pelakunya akan mendapat hukuman setimpal kelak mengikut jalur undang-undang.

Kredit : TikTok nafeifei & FB mrwanchaiofficial, Portal Sinar Harian / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post