Usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sememangnya terkenal dengan sikapnya pemurah dan sudi membantu insan yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, ramai mengagumi dengan sikapnya yang sentiasa menggembirakan hati isteri yang telah bersama baik ketika senang mahupun detik sukar sebelum menjadi insan berjaya.
Dijemput beri kata-kata motivasi
Terbaharu, hantaran dikongsikan oleh pemilik nama Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad mendapat perhatian ramai apabila dia menyatakan perasaan pertama kali kembali semula ke sekolah selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Hafiz berkata, pada asalnya dia dijemput hadir bagi memberikan motivasi buat para pelajar di sekolah lamanya namun ditolak secara baik dengan mengatakan dirinya tidak layak berbuat demikian.
Ujarnya, insan yang layak memberi kata-kata motivasi adalah insan bergelar guru kerana merekalah pemberi ilmu selain membentuk seseorang ke arah lebih baik.
“Cikgu minta saya sampaikan kata-kata motivasi untuk pelajar. Saya kata, maaf saya tak boleh. Hari ini saya datang bukan untuk mengajar atau mendidik kerana saya tidak layak.
“Cikgulah pendidik sebenar pada kami. Saya hanya datang untuk memberikan contoh supaya suatu hari nanti mereka turut menghargai ‘pemberi pemberi ilmu’ yang ada.
“Cikgu, siapa dan apa pun kami selepas sekolah, yang baik itu semuanya datang dari didikan cikgu,”ujarnya.
Hadiahkan cikgu tiket umrah
Hantaran yang sama, Hafiz turut memberi kejutan buat cikgu bernama Linda kerana telah mendidiknya dengan penuh kesabaran sewaktu zaman sekolah dulu.
Sebagai tanda penghargaan, usahawan kelahiran Kota Bharu Kelantan itu menghadiahkan tiket penerbangan menunaikan umrah buat Cikgu Linda.
“Saya nak hadiahkan satu tiket umrah buat satu insan ini. Saya terhutang budi dengan dia. Saya malu dengan cikgu-cikgu saya.
“Saya nakal dulu. Izinkanlah saya budak nakal ini datang balik ke sekolah ini untuk menggembirakan awak. Cikgu saya tak tahu saya nak hadiahkan ini.
“Tengoklah reaksi dia, Ya Allah gembira sangat. Di sini saya ada kejutan, saya rasa bertanggungjawab untuk beri balik.
“Hujung tahun ini atau awal tahun depan, saya nak bawa Cikgu Linda ke bumi Allah untuk menunaikan umrah,”umum Hafiz dihadapan khalayak ramai dalam sebuah dewan.
Malu sebab dulu pelajar nakal
Dalam pada itu, Hafiz turut akui dirinya merupakan seorang pelajar nakal dan meminta maaf sekiranya pernah mengecewakan hati para pendidik suatu ketika dahulu.
Pun begitu, Hafiz berharap agar para pelajar ‘nakal’ pada masa kini dan akan datang dapat menggembirakan hati seorang insan bergelar guru.
“Jika kerjaya kami bagus. Cikgu masih happy dengan kami.
“Jika hidup kami sedih, saya tahu cikgu masih mendoakan kami. Terima kasih, Cikgu.
“Esok saya belanja semua cikgu dan staf sekolah ini makan KFC. Saya hanya wakil dari pelajar dari sini. InsyaAllah, jumpa cikgu nanti di Bumi Allah,”ujarnya lagi.
Sementara itu, Hafiz menegaskan segala rezeki yang dikurniakan kepadanya hanyalah sebagai seorang lelaki yang menumpang rezeki isteri.
Sumber: Instagram @hafizmahamad / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.