Hawari Ada Status Kemas Kini Sebelum Ekspedisi-“Untuk Isteri, Tunggu Saya Kembali 11/6”

 


Berjaya menawan puncak Gunung Everest pada Khamis (18 Mei), bagaimanapun pada Sabtu (20 Mei) negara dike.jutkan dengan berita kehiIangan Muhammad Hawari Hashim yang masih belum ditemui hingga sekarang. Menurut lap0ran, Pendaki Malaysia Everest 2023 terbabit dipercayai keIuar se0rang diri dari Kem 4 tanpa pengetahuan malim gunung di awal pagi.

Sherpa tertidur 1 jam & selepas terjaga, Hawari didapati sudah tiada

Setelah selesai sampai ke puncak, seharusnya mereka perlu berehat dahulu di Kem 4. Tapi saat itu, Sherpa (Maksud : Masyarakat di pergunungan HimalIaya yang berkemahiran mendaki gunung/pengiring/pemandu arah) telah terlelap sekitar 1 jam dan selepas terjaga daripada tidur, keIibat Hawari tidak kelihatan.

Mustahil untuk se0rang pendaki turun sendiri kerana keadaan sangat curam

Kemungkinan untuk dia turun sendiri ke Kem 2 juga mustahil kerana untuk berjalan ke bawah, pendaki perIukan alatan-alatan khas selain keadaan yang curam serta pandangan terbatas. Dalam erti kata lain, pr0ses untuk turun sebenarnya jauh lebih berisiko daripada mendaki ke atas.

Pendaki lain sifatkan peluang Hawari hidup agak tipis

Hasil misi pencarian melalui darat dan udara, mereka hanya menemukan jejak jaket Hawarie sahaja. Sukar untuk dinyatakan, namun Mohd Noor Mat Amin yang merupakan Pendaki SoIo berkata mereka akan terus berusaha sebaik mungkin untuk menjejaki meskipun peluang Hawarie hidup adalah tipis buat masa sekarang.

Untuk mak, isteri & anak-anak, tunggu saya balik Malaysia 11 Jun ini

Pada tarikh 2 April lalu, Hawari yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dilihat sempat berkongsikan sebuah hantaran FB mengandungi gambar keluarganya. Mengikut rancangan asal, dia sepatutnya pulang ke Malaysia pada 11 Jun setelah menyelesaikan ekspedisi tersebut.

Kredit : Facebook Hawarie Warie, Portal Berita Harian, Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretannasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post