Pr0sedur ‘Gene Therapy’ bermula, Baby Naail diasingkan daripada orang ramai



Ibu kepada seorang bayi yang menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Tahap 1, Wan Muhammad Naail iaitu Siti Noraraihan Mohd Amin meluahkan rasa syukur apabila anak tersayangnya itu akan bermula menjalani prosedur untuk rawatan Gene Therapy Zolgensma selepas dana RM9.28 juta berjaya dikumpulkan menerusi misirakyat.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Raihan di laman Instagramnya yang turut memberitahu anaknya itu ada mengikuti perkembangan bulanan bersama pegawai perubatan genetik, pernafasan, neurologi dan pakar diet.

Susulan itu, Baby Naail perlu diasingkan daripada orang ramai buat masa ini bagi memastikan rawatan tersebut berjalan dengan lancar.


“Naail ada follow up bulanan hari ini dengan team genetik, respi (pernafasan), neurologi, dietition. Alhamdulilah hari ini dah bermula prosedur untuk Gene Therapy, kena asingkan daripada jumpa oramai orang buat mas aini. Moga dipermudahkan rawatan Naail,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Raihan turut memaklumkan anaknya akan menangis ketika bertemu dengan jururawat memandangkan Naail sudah mula mengenai seseorang.

Dalam pada itu, Raihan yang juga merupakan adik kepada pelakon popular, Fattah Amin berharap agar urusan anaknya dipermudahkan dan akan memberitahu kepada orang ramai mengenai tarikh rawatan tersebut.

“Sejak sudah kenal orang ini, nampak jururawat baju hijau je nangis. Bengkak mata menangis sahaja hari ini.
“Moga dipermudahkan segala urusan Naail, insya-Allah tunggu keputusan darah yang diambil hari ini. Nanti Raihan akan bagi perkembangan tarikh rawatan Naail bila ya,” jelasnya lagi.


Netizen bersyukur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan khabar yang disampaikan oleh Raihan dan mendoakan urusan rawatan Naail dipermudahkan kelak.





Terdahulu, pelak0n p0pular, Fattah Amin pernah berk0ngsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya, Wan Muhammad Naail atau Naail yang menghidap peny4kit jarang dijumpai.

Baby Naail terpksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan memandangkan otot-ot0tnya semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru dan ia boleh dirawat seIepas mengambil ubat paling efektif, Z0lgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan lebih RM9 juta.



Sumber: Instagram @Raihan Amin / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post