[VIDEO] Gelagat Baby Tak Nak Balik Dari Taska Ini Buat Si Ibu Pening Kepala

 


Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil, pasti perasaan risau akan ada apabila ingin menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak atau taska

Tambahan pula bagi ibu bapa yang tidak pernah ada pengalaman menghantar anak ke pengasuh. Pasti macam-macam benda yang ada di fikiran dan hati tidak tenang selagi tidak jumpa dengan anak, betul tak?

Dengan pelbagai isu berkenaan pengasuh dera kanak-kanak sekarang, memang wajar jika perasaan risau itu ada.

Namun, bukan semua pengasuh itu jahat. Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan gelagat seorang bayi tidak mahu balik dari taska telah mencuri tumpuan ramai.

VIDEO KLIK DISINI

Ibu ajak balik, tapi bersungguh-sunguh geleng kepala nak duduk dengan pengasuh

Menerusi video yang dikongsi oleh @gelagatfamily, kelihatan bayi perempuan itu sedang didukung oleh seorang pengasuh di taskanya.

Apa yang mencuit hati adalah apabila si ibu datang ingin mengambilnya pulang, dia menggeleng kepala beberapa kali tanda tidak mahu ikut ibunya balik.

Gelagat spontannya itu membuatkan si ibu dan pengasuh itu tergelak. Walaupun sudah diajak balik banyak kali, bayi tersebut tetap menggeleng kepala dan memeluk pengasuhnya.

"Maksudnya diaorang layan budak-budak situ baik sangat sampai tak nak balik" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 2.3M tontonan, 4.9K komen dan 131.4K tanda suka di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan pandangan masing-masing mengenainya.

Komen netizen



Tengok pengasuh dia pun tahu memang jenis penyayang. Semoga taska lain pun ikut contoh pengasuh ni :)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post