DIPERTEMUKAN dengan pengasuh yang baik juga merupakan salah satu rezeki.
Meskipun bukan darah daging sendiri, namun anak kecil yang diamanahkan untuk dijaga ditatang dengan penuh kasih sayang seperti zuriat sendiri.
Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan wanita ini mengenai pengasuh anaknya yang dipanggil Mak Ani.
Namun bak kata pepatah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Vide0 yang dik0ngsikan wanita ini ketika hari terakhir mengambil anak kecilnya di rumah pengasuh cukup membuatkan warga maya turut tersentuh.
Berkongsi cerita dengan mStar, Ezzah Farhani Zakaria berkata, dia sendiri turut berat hati apabila membuat keputusan untuk tidak lagi menghantar anak kecilnya, Haura Shah Nor Izhan Shah ke rumah Mak Ani.
"Haura dah nak masuk sekolah di Al Kauthar Eduqids, Serdang Jaya. Mungkin bagi orang ramai mereka merasakan terlalu awal masukkan ke sekolah. Tapi Haura cepat belajar, sebab itu saya cuba ke saluran yang betul.
"Pada awal masa nak masukkan Haura sekolah, kita yang serba salah. Sebab saya tahu pengasuh sayangkan anak. Dua bulan sebelum nak keluarkan dah cakap.
"Tapi pengasuh Haura menerima dengan baik. Dia kata, 'kalau pergi sekolah mak tak sedih, tapi kalau hantar kepada orang lain, mak sedih'," ujar wanita berusia 28 tahun ini.
Senang disapa sebagai Ezzah, wanita ini berkata meskipun kurang dua tahun menghantar Haura untuk diasuh oleh Mak Ani, namun pengasuh tersebut disifatkannya terlalu baik dan istimewa.
Haura ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
"Saya ni rigid. Saya nak anak saya makan makanan yang saya masak, makan sendiri bermula dari tujuh bulan... Mak Ani ni layankan saja, tak pernah rasa susah kalau anak-anak buat sepah atau sebaliknya.
"Paling penting, Haura minum susu badan. Mak Ani menjaga susu dengan baik. Itu paling berharga. Setiap kali ambil, pasti ada laporan.
"Makan habis atau tidak, susu minum berapa banyak... semua lengkap. Kalau orang tak ikhlas dengan kerjanya pastilah buat sebulan dua dah boring kan. Tapi Mak Ani tak pernah sehari pun lupa," ujarnya juga juga merupakan seorang pemilik kafe di Seri Kembangan, Selangor.
Sudah menganggap Mak Ani seperti ibu sendiri, Ezzah berkata hari terakhir ketika mengambil Haura dari rumah pengasuhnya sememangnya berlangsung dengan sangat emosional.
Saya rasa tak terbalas apa yang Mak Ani buat untuk Haura. Saya cuma boleh cakap, terima kasih sayangkan Haura dan jaga Haura.
EZZAH FARHANI ZAKARIA
IBU HAURA
"Kalau ikutkan masa last day tu, saya yang sedih lebih... tak tahu secara naturally perasaan tu datang, pelukan yang terakhir tu yang meleleh air mata.
"Saya rasa tak terbalas apa yang Mak Ani buat untuk Haura. Saya cuma boleh cakap, terima kasih sayangkan Haura dan jaga Haura.
"Mak Ani berpesan, jaga anak baik-baik... jangan lupakan Mak Ani," ujarnya lagi.
Ezzah turut mengadakan jamuan kecil-kecilan pada hari terakhir anaknya di rumah Mak Ani sebagai menghargai jasa wanita tersebut dan anak-anak kecil lain yang dijaga pengasuh itu.
Haura merupakan cahaya mata pertama selepas Ezzah dan suaminya mendirikan rumah tangga selama empat tahun.
"Saya buat makan-makan, belanja anak-anak makan KFC dan buat goodies seorang satu. Yang paling touching, saya selitkan nota seorang satu, saya tulis dari hati seorang ibu.
"Bagi saya, sesiapa sahaja yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan Haura, saya akan berterima kasih. Kerana mereka juga Haura membesar dengan baik.
"Apa saya boleh cakap, saya berterima kasih buat pengasuh di luar sana. Pekerjaan anda tidak mudah dan pekerjaan seorang pengasuh tidak boleh dipandang remeh.
"Mereka bagaikan keluarga kedua selepas kita. Terima kasih kerana sayang dan jaga anak kami dengan baik. Apabila orang jaga anak kita ikhlas, hasilnya pun mesti ikhlas. Itu pasti," akhirinya.
Untuk rekod, video yang dikongsikan oleh Ezzah di TikTok sehingga kini meraih lebih 202,000 jumlah tontonan.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.