Alif Satar tak rancang tunai haji bersama Faizal Tahir, k0ngsi keadaan cuaca di Arafah

 


Pelak0n dan penyanyi, Alif Satar menzahirkan kesyukuran kerana dapat menjalani ibadah haji namun tidak menyangka berwukuf bersama dengan rakan selebriti, Faizal Tahir.

Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar menyatakan ia adalah momen terindah disebalik banyak-banyak perancangan ditetapkan oleh-Nya.

Alif berkata, dia dan pelatun lagu Santai hanyalah sekadar merancang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama-sama suatu ketika dahulu dan bukanlah mengerjakan haji.

“M0men bersama abang saya, Haji Faizal Tahir. Dari dulu bersembang pasal nak buat umrah sama-sama tapi pernah menjadi.

“Rupanya kita cuma merancang tapi Dialah sebaik-baik perancang. Yang kelakarnya ibadah haji ini tak pernah berbincang sama-sama pun dan di sini kami hari ini pada hari Arafah.

“Secara fitrahnya, kami dikurniakan rezeki diberikan oleh Allah SWT dan digunakan di jalan-Nya, berd0a, berd0a dan menyahut seruan haji,”tulisnya.

Dalam pada itu, Alif turut menyatakan dia bersyukur dan akan mengingati m0men terindah ditetapkan oleh-Nya kerana dapat mengerjakan ibadah haji bersama sahabat baik.

“Dari tahun 2006 sehingga sekarang mengerjakan haji 2023. Allahuakbar, akan menghargai selama-lamanya,”tulisnya lagi.

Sementara itu, Alif yang turut mengerjakan rukun Islam kelima bersama isteri tercinta, Shadila Halid berk0ngsi keadaan cuaca sewaktu mengerjakan wukuf di padang Arafah di mana ia diibaratkan seperti sepuluh kali ganda panas berada di dalam kereta tanpa memasang pendingin hawa.

“Kalau nak tahu macam mana rasa dia, masuk kereta waktu tengahari tapi jangan pasang airc0nd, darah 10 kali.

“Alhamdulillah, Allah mudahkan,”kongsinya.

Sumber: Instagram @alifsatar / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post