Umum mengetahui, Hari Bapa disambut di seluruh dunia pada 18 Jun lalu
Ini untuk meraikan para bapa dan menghargai mereka sebagai ketua keluarga yang banyak berkorban dalam mencari nafkah untuk menyara hidup.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan memberi kejutan buat ayahnya telah meraih tumpuan ramai.
Bagi bunga masa bapa pulang dari kerja
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamahuda_di TikTok, kelihatan seorang anak perempuan sedang menunggu untuk memberikan kejutan kepada ayahnya sempena Hari Bapa di depan pintu rumah.
Dalam video itu, dilihat dia memberi jambangan bunga coklat selepas ayahnya pulang dari kerja. Perkara itu menyebabkan ayahnya amat terkejut dan tersenyum kerana tidak menyangka akan menerima kejutan tersebut.
"Hilang terus penat papa dia" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 314.4K views, 56.4K likes dan 227 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan anaknya dan memberi pelbagai komen mengenainya.
Comelnya! Semoga berbahagia hingga ke jannah :D
Suber : Says
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.