DUGAAN berat menimpa se0rang anak yatim piatu di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak yang mengaIami penyakit jantung berIubang tidak mematahkan semangatnya untuk hidup secara berdikari.
Ini kerana di sebalik tahap kesihatan yang membataskan keupayaannya untuk bekerja, pemuda tersebut tetap mengagahkan diri mencari pendapatan dengan menjuaI nasi lemak secara kecil-kecilan bagi menampung k0s rwatan berkala penyakit dihadapinya.
Kisah mengenai pemuda dikenali dengan nama Udin itu tuIar sejak Khamis menerusi perk0ngsian dibuat oleh laman Facebook, SELADANG PERAK.
"Se0rang anak yatim piatu dan mengaIami penyakit jantung berIubang tak mampu bekerja, tapi ada semangat ingin berdikari beliau berniaga kecil-kecilan menjuaI nasi lemak di waktu pagi berhampiran Pejabat Pertanian Kawasan Padang Rengas.
"Sesiapa yang melihat berilah bantuan membeli nasi Iemak beliau yang berharga satu bungkus RM1.20 supaya dia dapat membuat bayaran susulan rawatan ke h0spital Pulau Pinang setiap dua bulan bulan," tulis hantaran itu.
Dalam pada itu, rata-rata daripada warganet melahirkan rasa simpati mereka terhadap nasib diaIami pemuda berkenaan dan turut mend0akan agar usahanya untuk mencari rezeki dipermudahkan.
Mereka turut berharap agar masyarakat setempat dapat tampil membantu menol0ng Udin dengan membeli jualan nasi lemaknya.
"Ya ALLAH, murahnya nasi lemak yang dijual. Moga dipermudahkan oleh ALLAH dia berniaga. Orang yang berada di sekitar situ, support la adik ni ya," tulis Radziah Halim.
"Harap adalah masjid atau surau yang secara mingguan menempah untuk tahlil ke atau apa sahaja majlis yang diadakan. Masjid dan surau banyak duit tabung," ujar Carry Cash.
Sementara, terdapat juga warganet berpandangan bahawa nasib dialami Udin itu seharusnya mendapat perhatian 0leh beberapa pihak dilihat boleh membantu meringankan dugaan dihadapi pemuda itu.
"Masyarakat setempat, masjid, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) boleh bantu adik ni untuk dapatkan bantuan dari Baitulmal atau pejabat zakat," ujar Normadiah Abdullah.
"Wakil rakyat b0leh mainkan peranan. Adik ni boleh dapat bantuan," ujar Magnetica Parfum Johor.
Sumber : Majoriti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.