Dapat 9A dalam SPM, cikgu Add Math ‘belanja’ pelajar PS5


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pagi tadi menghadirkan pelbagai cerita kegembiraan daripada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang.

Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang guru dikenali sebagai Siva Gopalakrishnan apabila memuat naik hadiah yang diberikan kepada pelajarnya yang mendapat keputusan 9A.

Pelajar dapat  straight A’s

Menerusi Facebook, guru sekolah menengah itu telah menghadiahkan playstation 5 (PS5) kepada muridnya yang berjaya mendapat  A dalam kesemua matapelajaran yang diambil sewaktu SPM.

Dalam posting yang dikongsi, dia mengatakan yang pelajarnya itu sangat layak menerima hadiah tersebut  kerana sama-sama meminati pemainan video serta ada bersama-sama para pelajar dalam keadaan ‘getir’ sewaktu ingin mengambil peperiksaan tahun lalu.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada para pelajarnya yang lain kerana tidak jemu menuntut ilmu dan gigih mengulangkaji pelajaran sehingga masing-masing mendapat keputusan yang baik untuk SPM.

Tahniah berjaga dapat keputusan cemerlang

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang itu.

Mereka juga memuji cara cikgu berkenaan menghargai anak didiknya dan berharap agar mereka semua dipermudahkan segala urusan di kemudian hari.




Sumber: FB Siva Gopalakrishnan / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post