Dengan sekali lafaz, Shuib sah suami kepada Watie Hanifiah

 


Selebriti terkenal, Shuib Sepahtu akhirnya sah menjadi suami kepada Watie Hanifiah atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dengan sekali lafaz sahaja.

Mmetik laporan dari Astro Gempak, akad nikah telah berlangsung sekitar jam 8.47 malam di Putra Glass House, Shah Alam.

Dinikahkan oleh abang Watie

Pemilik nama sebenar Shamira Mohamad telah dinikahkan sendiri oleh abang kandung Watie iaitu Qhadaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.

Wang hantaran dirahsiakan

Difahamkan, Shuib telah memberikan mas kahwin sebanyak RM8,288, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Watie juga telah membalas tujuh dulang hantaran apabila Shuib membawa lima dulang dari pihaknya.

Pasangan ini segak memakai busana serba putih sedondon hasil rekaan Fizi Woo dan menerima tajaan barang kemas dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan pertunangan pada 6 Mei 2023 secara tertutup dan hanya dihadiri insan terdekat.

Walaupun tidak mengadakan resepsi, mereka telah melangsungkan dua lagi majlis sebelum pernikahan iaitu majlis khatam al-Quran dan juga malam berinai dua minggu yang lalu.

Sumber: Astro Gempak (Mya Amri), Instagram Astro Gempak / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post