Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia bakal menumbangkan sebanyak tujuh ekor lembu untuk ibadah korban bersempana Hari Raya Aidiladha.
7 lembu 7 anak
Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 41, berkata tujuh ek0r lembu itu sebagai simb0lik kepada niatnya untuk memiliki tujuh orang cahaya mata.
Malah dia akui, sambutan hari raya korban pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu.
Untuk Hari Raya Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana emak saya ada di sini dan kami sekeluarga akan menyembelih tujuh ek0r lembu di sini. Alhamdulillah tahun ini paling meriah.
Kami k0rbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh orang anak, jadi kita sembelih lembu dulu. Emak saya mempunyai sembilan 0rang anak tapi saya mahukan tujuh 0rang. Insya-Allah.
Fizz berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filen Sue-0n yang diadakan di Starling Mall, pada Selasa.
Berkongsi mengenai erti perng0rbanan dalam hidup, pelakon filem Munafik itu berkata isteri tercinta, Datin Almy Nadia merupakan individu yang paling banyak berk0rban untuk dia dan rumah tangganya.
Pengorbanan se0rang ibu buat anak-anak, yang saya maksudkan itu adalah peng0rbanan Almy pada anak-anaknya. Dia sanggup melakukan apa saja demi menuntut tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Jujurnya saya terharu melihat apa yang dikorbankan selama ini. Kalau anda duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana dia berkorban setiap hari. Banyaklah pengorbanan yang dilakukan.
Untuk info, Fizz dan Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004. Mereka telah dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.
Sumber : ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.