Gembira dalam duka. Itulah ungkapan bagi menggambarkan perasaan seorang lelaki dikenali sebagai Ikmal Rashid apabila melangsungkan pernikahan selepas menguruskan jenazah arwah ibunya pada hari yang sama.
Isteri kepada Ikmal yang dikenali sebagai Ianna Baharin berkata, suaminya perlu menguruskan jenazah arwah ibu di sebelah pagi sebelum mereka selamat diijabkabulkan di waktu petang pada 3 Jun lalu.
VIDEO KLIK DISINI
Ianna berkongsi kisah tersebut menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok memaparkan momen sewaktu mereka dinikahkan dengan dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat dipercayai dalam sebuah masjid.
Menerusi kapsyen, Ianna mengakui suaminya berdepan ujian cukup besar dalam hidup selain mengucapkan terima kasih kerana lelaki itu tetap menunaikan janji bagi ‘menghalalkan’ dirinya di saat kehilangan ibu tercinta.
“Terima kasih jadikan saya isteri awak di saat awak sendiri pun tak kuat. Allah, besar dugaan awak suami. Saya janji ada dengan awak sampai bila-bila.
“Terima kasih sahabat sahabat suami. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi lanjut berhubung asbab pemergian arwah ibu mentua menjelang hari bahagianya bersama suami.
Menjengah di ruangan komen, video meraih satu juta tontonan itu menerima lebih 850 komen netizen yang rata-rata mengucapkan takziah serta menitipkan kata-kata semangat buat Ikmal.
Malah, segelintir individu turut meluahkan rasa sedih dan mengaku kemungkinan tidak kuat sekiranya berdepan situasi sama seperti dialami oleh Ikmal.
Sumber: TikTok @iannabaharin_ & @ikmal.rashid1 / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.