Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil menjeIaskan berhubung vide0 tular memaparkan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann di sebuah res0rt di Langkawi, pada Sabtu lalu.
Menurut pendakwah berusia 40 tahun itu, beliau menerima undangan daripada pengantin bagi menghadiri majlis tersebut dan bacaan d0a.
Tak tunggu akhir majlis, pulang awal
Ustaz Wadi berkata, pada mulanya dia belum nampak kelibat pasangan sebelum diminta oleh pihak penganjur untuk duduk di tempat yang disediakan.
“Selepas lebih kurang 10 minit duduk di situ, pengerusi majlis buat pembukaan sikit kemudian dia mengumumkan untuk saya baca d0a dan pengantin belum ada lagi. Itulah suasana yang berlaku.
“Saya tak tahu apa yang riuhnya (di media s0sial). Kemudian, habis baca doa, selepas beberapa minit, pengantin pun diumum sampai pengantin dari hujung sana.
“Saya pun tengok… dan beritahu pembantu peribadi saya, kita kena balik kejap lagi. Jadi saya ambil keputusan tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif sehingga ke akhir majlis. Saya buat keputusan untuk terus balik,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu siaran langsung di akaun Instagram miliknya hari ini sebelum dikongsi semula oleh seorang pengguna TikTok, @wardatulsakinah_.
@wardatulsakinah_ ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar ♬ original sound - Nana Bella
Bercerita lanjut, Ustaz Wadi memaklumkan, beliau menunggu pasangan pengantin bagi memberikan ucapan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk pulang.
“Selepas pengantin berucap dan beredar, saya pun bangun dan terus balik. Itulah yang berlaku. Saya dijemput untuk makan kenduri dan baca doa.
“Tapi apabila melihat keadaan begitu, kami terus balik.. boleh tanya penganjur. Itu yang diajar oleh agama Islam.. kita tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah pada orang.
“Hukum tetap hukum tetapi pada masa yang sama kita tidak mengeruhkan keadaan. Alhamdulillah tenang, pengantin pun okey, tak rasa apa-apa. Saya pun meraikan hukum menghadiri kenduri kahwin.
“Apabila saya di situ, baru saya tahu keadaan itu dan saya terus beredar dan itulah yang diajar oleh Islam,” ujarnya.
Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen menyifatkan Janna sepatutnya segan apabila mengundang agamawan ke majlis resepsi ala-ala barat selain penampilan segelintir rakan artis serta tetamu yang tidak menutup aurat.
Sumber: TikTok @wardatulsakinah_ & @affendyjailani, Instagram Fakhrul Aizat / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.