‘Kehidupan Saya Berubah 360 Darjah’ – Faizal Tahir Lebihkan Keluarga, Besarkan Anak Istimewa

 


Kehadiran anak b0ngsu penyanyi Faizal Tahir iaitu Maryam Tahirah telah membawa perubahan besar dalam kehidupannya kerana anaknya merupakan anak istimewa sindr0m d0wn yang memerlukan perhatian penuh.

KeIuarga lebih penting

Menurut Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata kehidupannya kini telah banyak berubah seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab yang lebih besar terutama terhadap anak ketujuhnya itu.

Sejak kelahiran Maryam ini terus terang saya rasa kehidupan saya berubah 360 darjah sebab dia memerlukan perhatian yang lebih.

Dia juga ada masalah jantung dan harus dibedah Insyaa-Allah dalam masa beberapa bulan ini.

Anak-anak saya dah makin membesar dan ada yang sudah habis sekolah jadi saya rasa buat masa ini dalam kehidupan saya sebagai seorang bapa itu melebihi daripada peranan se0rang selebriti.

Penyanyi berusia 44 tahun itu juga berkata dia kini lebih mengutamakan keluarga berbanding kerjaya setelah banyak belajar dari kesilapan lalu.

Kalau dulu zaman-zaman ‘p0yo’ saya letak kerjaya saya dahulu berbanding keIuarga dengan memikirkan kalau sudah berjaya saya dapat menanggung keluarga.

Tapi bila masa sudah berubah dan anak-anak makin membesar dan belajar dari kesilapan, rupanya saya salah..apa-apa pun keluarga dahulu baru kerjaya akan lebih baik.

Faizal berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Faizal turut berk0ngsi tentang cabaran membesarkan seorang anak istimewa yang membuatkan dia sebak kerana masalah kesihatan yang dialami oleh anaknya itu.

Saya kena selalu bersedia andai berlaku sebarang perkara yang tidak elok kepada dia kerana keadaan dia sekarang masih ada ‘tube’ di dalam perutnya.

Kadang-kadang sebagai se0rang bapa sedih saya melihat keadaan anak yang masih ada ‘tube’ itu walaupun anak dah nak masuk dua tahun. Tube itu untuk dia makan dan makan ubat.

Kalau dulu saya ambil macam-macam tawaran tapi sekarang saya tidak boleh bekerja jauh dan saya perlu luangkan banyak masa dengnnya kerana apa-apa sahaja b0leh terjadi.

Untuk rekod, hasil perkahwinan pelantun lagu Cuba itu bersama isteri pada tahun 2001 mereka dikurniakan tiga anak lelaki dan empat anak perempuan.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post