Shuib Sepahtu mendedahkan bahawa dia dan bakal isteri, Watie Hanifiah menerima tajaan RM1.7 juta bersempena dengan majlis pernikahan mereka yang bakaI berlangsung pada 23 Jun 2023 nanti.
Hanya majlis khatam & berinai
Memetik lap0ran dari Mstar, Shuib memaklumkan yang keluarga kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak mengadakan majlis resepsi dan hanya akan melaksanakan pernikahan sahaja.
Walau bagaimanapun, majlis tersebut meliputi khatam al-Quran, berinai dan majlis ijab qabul.
“Alhamdulillah kami sedang menunju ke tarikh itu dan persiapan semuanya berjalan dengan baik. Hampir 90 peratus telah siap.
“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah tetapi takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
“Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
Tetap keluar m0dal sendiri
Jelas pemilik nama sebenar, Shamira Muhamad, 39, dia meluahkan rasa syukur apabila perkahwinannya kali ini mendapat tajaan lebih RM1.7 juta termasuk barang kemas.
Walau bagaimanapun, dia menjelaskan yang kos keseluruhan tidaklah sepenuhnya ditaja kerana turut mengeluarkan belanja sendiri,
“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.
“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” ujarnya ketika ditemui dalam sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie di Astro, Bukit Jalil.
Untuk rekod, Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman wanita tersebut di Shah Alam.
Shuib yang juga merupakan bapa tunggal telah mempunyai 4 orang cahaya mata hasil perk0ngsian hidup dengan allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Allahyarham telah meninggal dunia disebabkan wabak Covid-19 pada Ogos 2021 dan meninggalkan Shuib serta empat anaknya, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, serta Ayash Affan berusia setahun lima bulan.
Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin) / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.