Masih tunggu zuriat, Uqasha Senrose disindir – “Kesian, adik-beradik takde anak lagi”


Pelakon popular, Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila terdapat segelintir netizen tergamak memerlinya kerana masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berkahwin.

Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia mengakui sedih apatah lagi soal zuriat adalah perancangan serta rezeki ditetapkan Allah SWT.

Sampai hati sindir

“Ya Allah, sedihnya boleh awak cakap macam ni? Anak rezeki daripada Allah. Terima kasih banyak-banyak,” balasnya di ruangan komen menerusi sebuah hantaran di laman Instagram baru-baru ini.

Pelakon berusia 31 tahun itu menulis demikian selepas seorang netizen meninggalkan komen berbaur sindiran dengan menyatakan kasihan  terhadap adik-beradik Uqasha iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose yang belum memiliki anak.

Ruangan komen itu membuat ramai pengikut tampil mempertahankan Uqasha, bagaimanapun pelakon drama Isteri Halal itu menasihatkan peminat supaya tidak terus berbalah tentang perkara berkenaan.

“Tak payah layan dengan 0rang yang tak reti jaga hati orang dan juga mulut. Lagi layan lagi menjadi,” kata Uqasha lagi.

Sebelum ini, dia mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan perlu merancang semula s0al kehamilan di masa akan datang kerana masih sibuk dengan kerjaya ketika ini.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan aktor Kamal Adli dalam satu majlis yang berlangsung di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post