Masuk ‘sh0wroom’ mak terus tunjuk Proton Saga merah, tapi takut-takut nak naik... Ibu tunggal meleleh air mata ‘salesman’ hulur geran

 


HASRAT seorang ibu yang mahu melakukan pandu uji sebuah kereta bertukar drama air mata selepas mengetahui kenderaan tersebut sudah pun menjadi miliknya.

Kejutan yang dirancang anak-anak ternyata menjadi apabila si ibu kelihatan terpinga-pinga selepas penasihat jualan menyerahkan sijil pemilikan kenderaan tertera namanya.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Atikah Mohamed Nassuruddin berkata, kejutan dibuat di sebuah pusat pameran kereta di Alor Setar, Kedah pada Sabtu lalu.

Menurut Atikah, ibunya Asiah Said yang berusia 63 tahun selama ini memandu kereta dengan transmisi manual.

"Kasihan tengok mak bawa kereta manual. Dia tak nak beli kereta baharu sebab katanya dah tua. Kami anak-anak risau mak sakit lutut kalau memandu kereta manual terlalu lama.

"Jadi saya berazam untuk belikan kereta automatik iaitu sebuah Proton Saga bagi memudahkan pergerakan dia," katanya ketika dihubungi mStar.

Atikah (tiga, kanan) bersama keluarga ketika kejutan dibuat.

Berusia 37 tahun, Atikah berkata rancangan untuk membawa ibunya memandu uji kereta dibuat bersama suami dan adik-beradik lain.

"Suami kon0nnya nak pergi ambil barang dekat kawan dia di situ, dan saya ajak mak pergi test drive. Mak memang berkenan selepas nampak kereta Saga merah dalam sh0wroom tu.

"Pada muIanya dia keberatan nak naik sebab tak nak kot0rkan kereta orang. Mak betul-betul tak sangka kereta yang disangka kepunyaan orang tu sebenarnya untuk dia," ujarnya yang berasal dari Alor Setar.

Kenangan... keluarga bersama arwh bapa (duduk, kanan).

Mengulas lanjut, anak sulung daripada lapan beradik itu sebak menyaksikan ibunya yang merupakan pesara kerajaan menangis ketika menerima kejutan hadiah kereta baharu.

"Mak terharu tapi kami adik-beradik lagi sebak. Mak merupakan ibu tunggal, dah 10 tahun selepas pemergian arwh ayah yang meninggaI dunia secara mengejut.

Sebagai anak, kita kena bahagiakan mak ayah. Jangan berkira kerana rezeki Allah itu sangat luas.

NUR ATIKAH MOHAMED NASSURUDDIN

"Dia seorang ibu yang penyayang, berusaha keras membesarkan adik-beradik terutama adik-adik yang semuanya menyambung pengajian ke universiti dalam dan luar negara.

"Malah sebelum ayah meninggal lagi, mak sudah bersusah payah untuk kami. Mak sanggup pergi kerja naik bas, dan naik motor sebelum bertahun-tahun bawa kereta manual," katanya.

Asiah (tengah) membesarkan lapan anak.

Atikah yang berkhidmat sebagai guru sek0lah menengah turut menjelaskan antara sebab lain dia menghadiahkan kereta tersebut kerana pengorbanan ibunya yang menjaga neneknya.

"Saya tengok susah payah mak jaga nenek yang berusia hampir 100 tahun dan menghidap Alzheimer. Nampak kesanggupannya untuk menjaga ibunya.

"Pengorbanannya mendorong saya untuk membaIas jasa, dan berharap nanti anak-anak saya juga melakukan perkara yang sama kepada saya," katanya yang mempunyai seorang cahaya mata.

Berk0ngsi kegembiraan bersama adik.

Berpengalaman sebagai guru selama 11 tahun, kata Atikah, dia juga sering menasihatkan peIajar-pelajarnya supaya berbakti kepada ibu bapa semasa hayat mereka.

"Sebagai anak, kita kena bahagiakan mak ayah. Jangan berkira kerana rezeki Allah itu sangat luas. Walaupun hanya beri RM10, itu pun sudah cukup membahagiakan mereka.

"Dengan pemberian kereta ini juga memudahkan lagi pergerakan mak untuk pergi ke kuliah dan s0lat di masjid, hampir setiap hari. Moga ada keberkatannya, insyaAllah," katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post