Sah bergeIar suami isteri hanya dengan sekali lafaz, MK K-Clique dan Siti Hajaar juga telah mengadakan sebuah majlis resepsi berl0kasi di sebuah h0tel terkemuka di Klang. Pasangan mempeIai sama cantik sama padan ini mengenakan busana khas daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Siti Hajaar anggun mengenakan busana ciptaan Rizman Ruzaini
Walaupun design baju putih yang dikenakan Hajaar cukup ringkas dengan hiasan batuan mengilau, ia seakan-akan tetap menaikkan aura dan seri pengantin ke tahap maksimal. Bak kata orang putih, less is more. Untuk solekan pula, wanita cantik ini mendapat sentuhan air tangan MUA Nurul MF.
“Kak, minta tolong labuhkan lagi tudung isteri saya” – MK K-CLIQUE
Menurut Saudari Nurul, ketika mempelai itu sedang disiapkan, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan sempat meminta agar style tudung isterinya ditatarias dengan lebih labuh sekali gus menutupi bahagian dada. Menerusi tinjauan, vide0 yang dikongsikan 2 hari lalu itu sudah meraih lebih 500,000 jumlah tont0nan.
Walau rappers, tetap utamakan Allah…Utamakan aurat isteri…Baju pun tak sendat padat
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan komen positif tentang pendedahan MUA tersebut mengenai sifat baik MK yang berusaha memastikan aurat isterinya terjaga. Tidak ketinggalan, netizen tidak berhenti memuji kecantikan yang dimiliki oleh Siti Hajaar.
Kredit : Instagram makeupbynurulmf / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.