SELAMA sembilan tahun bergelar pendidik, kejutan daripada murid-murid sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini adalah antara kenangan manis yang tidak mungkin akan dilupakan seumur hidup.
Mana tidaknya, dengan segala usaha yang dilakukan murid-murid demi meraikan hari istimewa itu, guru wanita ini tidak dapat menyembunyikan rasa gembira, terharu dan sebak.
Video momen kejutan tersebut yang dik0ngsikan di TikTok, mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya tersentuh melihat keakraban hubungan antara guru berkenaan dengan pelajarnya.
Berk0ngsi cerita dengan mStar, guru yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Pyqa sama sekali tidak menyangka akan menerima kejutan memandangkan dia bukanlah guru kelas berkenaan.
"Saya bukan guru kelas mereka tapi ajar subjek bahasa Melayu. Pada hari berkenaan macam biasa saya ke kelas mereka untuk mengajar, tiba-tiba kena tahan dan tak dibenarkan masuk kelas.
"Mereka kata ada surprise. Saya tak dapat 'baca' tapi saja rakam juga. Salah seorang daripada murid kelas itu ambil telefon bimbit saya dan teruskan rakaman.
"Beberapa minit kemudian, barulah mereka buka pintu dan sebaik saja masuk kelas, mereka menyanyikan lagu selamat hari jadi.
"Bukan itu saja, mereka siap beli makanan ringan dan biskut konon nak buat ala-ala jamuan. Rupanya mereka kumpul duit RM1 seorang untuk kejutan ini. Memang terharu... bayangkan, baru darjah empat tapi effort mereka tu ikhlas dan buat saya terharu," kata guru berusia 32 tahun ini.
Hadiah, jajan dan makanan ringan yang disediakan oleh murid-murid Cikgu Pyqa.
Guru ini menambah, apa yang lebih membuatkan dia lebih tersentuh adalah murid-murid tersebut turut menyediakan hadiah yang dibuat sendiri.
"Mereka buat kad ucapan dan juga art seperti jambangan bunga daripada kertas.
"Saya tak sangka dapat macam ni... saya tak pernah beritahu bila tarikh hari lahir kepada mereka. Tambahan pula, saya baru ajar mereka subjek bahasa Melayu sejak Mac lalu sebab sebelum ini mereka sesi petang.
"Walaupun dalam jangka masa tiga bulan lebih, namun mungkin sebab selesa dengan pendekatan saya, mereka cuba rai hari istimewa cikgu," katanya yang juga merupakan guru pendidikan muzik untuk saluran DidikTV.
Satu perkara yang saya tekankan juga adalah adab dan budi bahasa. Macam mana saya sporting sekalipun, guru adalah guru yang perlu dihormati.
CIKGU PYQA
Berkongsi mengenai pendekatan ketika mengajar yang menjadikan dia disenangi murid-murid, guru ini berkata dia lebih menekankan konsep fun learning.
"Sebagai cikgu, tak b0leh garang-garang sangat... murid sekarang bukan macam dulu. Saya sendiri suka create aktiviti yang menyeron0kkan untuk membantu pemahaman subjek.
"Setiap kali selepas habis mengajar, 10 minit sebelum masa tamat, kadang kala main games dan beri reward. Kena pandai tackle murid. Tak adalah mereka takut nak bertanya.
"Tapi, satu perkara yang saya tekankan juga adalah adab dan budi bahasa. Macam mana saya sp0rting sekalipun, guru adalah guru yang perlu dihormati. Batasan tetap perlu ada," ujarnya.
Cikgu Pyqa dengan muridnya begitu akrab walaupun baru beberapa bulan mengajar di kelas berkenaan.
Cikgu Pyqa sudah menjadi pendidik di sek0lah berkenaan, Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam sejak 2018.
Tidak menyangka perk0ngsiannya menjadi tular, guru ini berkata dia sama sekali tiada niat untuk meraih perhatian sebaliknya hanya mahu mengabadikan momen tersebut sebagai salah satu kenangan terindahnya.
"Selepas apa yang mereka lakukan, saya share di media sosial bukan sahaja untuk dijadikan kenangan tapi mahu menghargai usaha murid-murid saya.
"Ambillah perk0ngsian tersebut daripada sudut yang positif," akhirinya.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.