Nyaris ‘Bertukar’ Kerakyatan, Kisah Oyen Selinap Masuk Lori Sayur Ke Singapura


Nyaris ‘Bertukar’ Kerakyatan, Kisah Oyen Selinap Masuk Lori Sayur Ke Singapura

Pernahkah kita mendengar kisah seseorang pada asalnya entah datang dari mana tetapi pada akhirnya, mendapat kasih sayang dari orang-orang di sekelilingnya?

Kisah tersebut mungkin agak tidak realistik dan aneh namun ia pernah berlaku sebelum ini. Malah kisah tersebut menjadi tular dan memberikan inspirasi kepada banyak pihak.

Namun, kisah ‘stranger to family‘ mungkin juga boleh berlaku terhadap haiwan, khususnya haiwan kecil yang mampu menyelit di mana-mana.

Menurut hantaran Twitter oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Melur (@syftn_), dirinya berkongsi bagaimana kucing jingga ‘Oyen’ datang dalam kehidupannya.

Bukan ditemui di tepi jalan atau dimana-mana, sebalik kehadiran Oyen ini berdasarkan satu peristiwa yang mungkin bunyi sedikit lucu.

Menurut Melur, Oyen berkenaan hadir dalam kehidupan mereka selepas si bulu itu menyelinap masuk sebuah lori sayur yang dalam perjalanan ke Singapura.

Baik Melur mahupun pemandu lori, masing-masing tidak pasti asal usul kucing tersebut dan bagaimana boleh di atas lori tersebut.

Tumpang lori sayur, Oyen nyaris menjadi PATI di Singapura

Kisah Oyen ini bermula apabila pemandu lori berkenaan hanya menyedari keberadaan si bulu tersebut ketika menuju ke Depot Pemeriksaan Imigresen. Ketika itu, pemandu lori berkenaan perasan ada bunyi-bunyian aneh dalam lorinya.

Dia kemudian memberhentikan lorinya sebentar untuk memeriksa bahagian muatan lori tersebut.

Rupanya, ada seekor kucing jingga yang hari ini dikenali sebagai Oyen di dalamnya. Oleh itu, pemandu tersebut meletakkan Oyen di dalam sangkar buat sementara waktu kerana risau akan keselamatannya.

Kata Melur, pemandu rersebut telah memberikan kucing tersebut kepada adik iparnya yang berkerja di bahagian eksport ke Singapura.

“Kemudian dia pass Oyen ni kat adik ipar aku, suruh bawak balik jaga sebab kesian,”

Pada awal pertemuan kucing ini dengan keluarga tersebut, Oyen sangat jinak dan memiliki kolar pada lehernya.

Disebabkan kucing ini memiliki kolar, berkemungkinan kucing ini bertuan dan mereka telah membuat hantaran mengenai kucing tersebut di Facebook.

Namun, sudah sekian lama menanti, tiada sesiapa yang menuntut kucing tersebut. Oleh sebab itu, keluarga Melur membuat keputusan untuk menjaga kucing berkenaan dan menamakannya Oyen.

Pada malam pertama bersama keluarga baru, Oyen langsung tidak meragam dan mengeluarkan bunyi-bunyi bising. Sebaliknya, haiwan berbulu itu hanya berjalan mengelilingi rumah dan melihat persekitarannya dengan rasa ingin tahu.

Kini, gelagat Oyen dilaporkan semakin menjadi-jadi tetapi haiwan ini sering dimaafkan kerana comel.

Untuk makluman, Melur turut memiliki seekor lagi kucing yang bernama Mochi. Mochi merupakan seekor kucing lumpuh dan tidak dapat bergerak bebas.

Seperti resmi hidup sebagai kucing jingga di Malaysia, Oyen suka membuli dan bermain dengan ekor Mochi.

“Apa-apa pun Oyen now is a part of our family. Walaupun awak suka kacau saya masak and makan, kitorang tetap sayang awak Oyen,” jelas Melur.

Sumber: @syftn_ via Twitter / SK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post