P0pular jual nasi lemak RM1, Bang Sudu selamat bernikah

Seorang peniaga nasi lemak yang popular dengan panggilan Bang Sudu telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, ‘Atirah Izlan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Bang Sudu atau nama sebenarnya Muhammad Fazrie Haiqal Faizal menerusi muat naik video terbaharu di aplikasi TikTok.

Selesai majlis nikah

VIDEO KLIK DISINI

Rakaman berdurasi lebih satu minit itu memaparkan momen kebahagiaan isterinya sewaktu mereka menjalin hubungan cinta sehingga diijabkabulkan sebagai suami isteri, selepas enam tahun mengenali antara satu sama lain.

Sementara itu, ‘Atirah ada berkongsi sekeping gambar pernikahan mereka serta mendedikasikan coretan istimewa buat suaminya yang berusia 25 tahun itu.

“Dengan sekali lafaz, syurga yang dulunya ada pada mama, kini bertukar kepada suami. Sayang, i might not be the best. But im trying my best to be the best version of myself. Ketahuilah diri ini tidak sempurna.

“6 tahun berkawan membuatkan kita mengambil keputusan untuk bersama selamanya. Mungkin selama perkenalan kita, diri ini terlihat sempurna membuatkan kau mengambil keputusan untuk bersamaku.

“Tapi mungkin selepas ini segala kekurangan akan terlihat selepas tinggal bersama. Maafkan aku andai ada kekurangan selepas ini. Terima kasih kerana memilih diri ini.

“Bimbinglah isterimu ini. Tegurlah andai ada salah diri ini. Semoga kita dapat melengkapi satu sama lain. Memenuhi kekurangan diri ini dengan kelebihan dirimu. Dan begitulah sebaliknya,” tulisnya.

‘Atirah berkata, tiada hadiah istimewa buat suami tercinta sempena ulang tahun kelahiran hari ini sebaliknya menyedari bahawa dia kini memikul tanggungjawab berat sebagai isteri.

“4 Jun, masuk hari kedua bergelar isteri. Maaf, tiada hadiah untuk tahun ini pada hari istimewamu. Tapi percayalah sayang akan janji ini, selepas terlafaznya akad itu, aku sedar akan besarnya tanggungjawab menjadi isteri itu.

Ada maruah yang harus aku jaga. Kalau dulu aku bebas untuk buat apa sahaja, kini namamu harus aku jaga. Izin mu harus diminta dalam apa sahaja. Ya, diri ini tidak sempurna.

Tapi seusai akad dilafaz olehmu, aku janji akan cuba jadi yang terbaik semampuku. Bantu aku untuk sempurnakan kekurangan ini. Jangan pernah mengalah untuk kita. Selamat ulang tahun, suamiku,” katanya lagi.

Terdahulu, Bang Sudu menjadi tular di media sosial kerana menjual nasi lemak berharga RM1 sehingga ramai pelanggan sanggup beratur di awal pagi.

Malah, dia semakin dikenali selepas selebriti masakan media sosial iaitu Khairul Aming turut mencuba makanan jualannya sekali gus memberi impak yang besar terhadap perniagaan dijalankan.

Bisnes tutup seminggu sebab kahwin

VIDEO KLIK DISINI

Sumber: TikTok & Twitter Bang Sudu, Instagram ‘Atirah Izlan / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post