Suami kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu pendakwah bebas PU Riz mengakui teruja dan tidak sabar menantikan cahaya mata kedua mereka.
Memetik Harian Metro, PU Riz mengakui perasaan takut memang ada apabila menimang cahaya mata namun baginya anak-anak memberikan kebahagiaan dan kegembiraan.
“Meskipun ada perasaan takut, tapi saya percaya anak-anak ini banyak memberi kebahagiaan dan kegembiraan. Apabila kita penat selepas melakukan kerja, memeluk dan melihat wajah anak pun sudah buat kita gembira,” katanya.
Dalam pada itu, PU Riz memaklumkan anak keduanya itu bakal dilahirkan lebih kurang sebulan lagi.
Tambah PU Riz lagi, dia dan isteri juga sudah bersedia dari segi mental dan fizikal dalam rutin penjagaan anak seperti membuat susu dan menukar lampin pakai buang.
Sementara itu, PU Riz berkata dia dan Neelofa sudah mempunyai cadangan nama bagi anak kedua mereka itu namun akan didedahkan selepas tujuh hari kelahiran.
SUMBER HARIAN METRO / rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.