Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berdamai Demi Anak

 

Sumber foto: Awani

Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon, Puteri Sarah Liyana dan suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih belum menemui titik noktah.

Plot twist

Bagaimanapun, ketika ditemui Oh Bulan!, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 36, berkata, dia sama sekali tidak menyangka apabila ada ‘plot twist’ yang berlaku di antara dia dan suaminya.

Jelas Sarah, suaminya memilih untuk berbaik dan berdamai dengannya serta tidak mahu memanjangkan masalah yang berlaku.

Malah, kata aktres itu, keputusan untuk berdamai diambil kerana memikirkan tentang kedua orang anak mereka iaitu Syaikul dan Sumayyah.

Saya sendiri tidak menyangka ada ‘plot twist’ dalam kehidupan saya apabila Syamsul hendak berbaik baru-baru ini.

Kalau boleh hendak kekal begitu kerana kita tidak mahu bergaduh. Kami sudah membuat keputusan hendak berbaik demi anak-anak.

Kami hendak menjadi kawan baik saja. InsyaAllah takkan ada ‘plot twist’ lagi, kerana kami memang capai kata sepakat hendak akhiri kemelut ini secara baik.

Sarah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Puteri Sarah: Terus Melangkah yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Puteri Sarah: Terus Melangkah

Mengulas lanjut mengenai buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, aktres berusia 36 tahun itu berkata, naskhah berkenaan bakal mendedahkan kisah peribadinya yang sebenar yang tidak pernah dikongsikan kepada umum.

Malah, naskhah tersebut difahamkan penuh dengan singkapan peristiwa, tragedi, dan momen-momen jatuh bangun ibu kepada dua cahaya mata itu.

Buku ini mengenai positiviti untuk melangkah ke depan tanpa menolah ke belakang semula. Memandangkan ramai yang datang kepada saya bertanyakan bagaimana saya dapatkan kekuatan.

Ada yang ingin pinjam sifat positif dalam diri saya. Oleh itu, saya membuat buku ini supaya orang ramai boleh membaca perjalanan kisah hidup saya.

Buku ini bukan cerita benda yang tidak elok atau membuka aib sesiapa, hanya menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.

Ramai yang tidak tahu saya di belakang tadbir macam mana orangnya. Mungkin ada yang bertanya saya ini dulu seorang yang bagaimana hidupnya, zaman belajar saya, kehidupan saya dengan keluarga dan sebagainya.

Jadi dalam buku ini menceritakan sisi lain yang tak pernah saya kongsikan kepada umum.

Turut bersama pada majlis pelancaran ialah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang bersama penulis utama buku yang juga pengurus serta kawan rapat Puteri Sarah, Emi Anvepa.

Sementara itu, turut kelihatan ibu dan keluarga mertua Puteri Sarah iaitu Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah pada majlis berkenaan.

Buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk pre-order di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama sebelum 31 Mei 2023. Harga asal adalah RM49.90.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post