Hari ini, umat Islam meraikan Hari Raya AidilAdha dan ramai di kalangan mereka sudahpun memasang niat untuk melakukan ibadah korban dimana ia dilakukan pada 10 Zulhijjah selepas selesai solat sunat hari raya dan hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Bercakap mengenai ibadah k0rban, pasti ramai sudah bersiap sedia melibatkan diri dalam aktviti penyembelihan dan pembahagian daging seperti lembu, kambing dan unta untuk diagihkan dalam tiga bahagian sama – keluarga, saudara dan fakir miskin.
Qurban kan apa yang kita sayang…
Namun, lain perk0ngsian yang berjaya menyentuh hati ramai warganet menerusi beberapa video dimuat naik di platf0rm TikTok milik Shukri Zainal.
Menerusi hantaran tersebut, jelas memaparkan seek0r lembu diberi nama Itam kelihatan sedih dan menitiskan air mata sambil dipujuk oleh Shukri bersempena dengan Program Ibadah Qurban Masjid Felda Bukit Cherakah , Kapar, Selangor.
“Tam.. dah jangan sedih-sedih. Ya jangan sedih-sedih ya, InsyaAllah kita jumpa di sana nanti. Dah, pandang sini.
“Tam…Tam.. pandang sini, jangan sedih sedih,”ujarnya.
@shukzainal22 Qurban kan apa yang kita sayang 🥺 #masjidfbc #fyp #aiduladha #nakalbutberakal #nazirmuda ♬ Instrumen Sholawat Sedih
Dalam pada itu, Shukri menyatakan ibadah Qurban yang sebenar adalah dengan membenarkan dirinya ‘mengorbankan’ apa yang kita sayangi kerana disitulah kita belajar erti menghadapi ujian.
“Qurban yang terbaik adalah qurban kan apa yang kita sayang. Semoga Allah terima segala amalan kita,”tulisnya di ruangan kapsyen.
@shukzainal22 Qurban yang terbaik adalah QURBAN apa yang kita sayang. Semoga Allah terima segala amalan kita. #masjidfbc #fyp #aiduladha #nakalbutberakal #nazirmuda ♬ Penyejuk Hati Instrumental
Terasa sedih.. m0ga kita jumpa di sana kelak Itam….
Perkongsian itu menyentuh hati ramai 0rang di mana rata-rata di kalangan warganet turut sedih sebaik sahaja melihat air mata si Itam, namun tetap bersyukur dan reda dengan segala ketentuan oleh-Nya.
Sumber: TikTok @shukzainal22 / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.