Raisuddin Hamzah Minta Shuib Utamakan Mentua Baharu, Jaga Perasaan Isteri


Umum mengetahui, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihan, Watie Hanifiah selepas hampir dua tahun kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.

Bapa mentua kepada Shuib, Raisuddin Hamzah turut menjadi saksi bagi perkahwinan Shuib dan Watie yang diadakan pada 23 Jun yang lalu.

Gembira dengan perkahwinan Shuib




Terbaru, Raisuddin mendedahkan bahawa dia sangat gembira dengan pernikahan yang dikecapi Shuib itu serta yakin Watie mampu untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada cucu-cucunya.

Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik.

Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

Apa yang bakal berlaku di hadapan biarlah Allah yang tentukan. Setakat ini, saya yakin Watie mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik.

Tambah Raisuddin lagi, meskipun sudah hampir dua tahun Siti Sarah pergi menghadap Ilahi, Shuib sama sekali tidak pernah meminggirkannya malah sering mengutamakannya dalam segala hal.

‘Dia tak sepatutnya fikirkan saya lagi’




Dalam pada itu, pelakon drama Nenek Kebaya itu turut memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak kisah sekiranya Shuib lebih mengutamakan Watie berbanding dirinya kerana itulah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seorang suami.

Malah, Raisuddin berharap agar menantunya itu mengutamakan keluarga mentuanya yang baharu.

Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu.

Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi.

Menurut Raisuddin lagi, dia sangat yakin bahawa menantunya itu mampu untuk menjadi seorang suami serta ayah yang bertanggungjawab.
Tiada apa yang ingin saya nasihatkan, Shuib seorang yang sangat prihatin dan akan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara.
Sekadar info, Shuib sah bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz pada tanggal 23 Jun yang lalu di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya.

Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

Sumber: Berita Harian / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post