Rezeki pagi raya! Comel Permaisuri Agong berlari-lari anak nampak rakyat Malaysia di Makkah, bertuah dapat ‘selfie’ bersama

 


KERAMAHAN dan kemesraan Raja Permaisuri Ag0ng, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering kali diperkatakan rakyat.

Bertuah rakyat Malaysia apabila berpeluang bertemu dengan baginda yang berjiwa rakyat.

Bukan sekadar di tanah air, sikap sp0rting Tunku Azizah juga dapat dilihat di Tanah Suci yang mana ketika ini umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji.

Menerusi satu vide0 yang tular, Raja Permaisuri Agong yang dikawal ketat oleh angg0ta keselamatan Arab Saudi tetap sudi bertemu dengan rakyat Malaysia, dengan aksinya berlari-lari anak.

"Rezeki berjumpa di Masjidil Haram di pagi raya. C0mel teng0k Raja Permaisuri Ag0ng berlari-lari apabila rakyat ajak selfie sampai polis Arab kat belakang tu pun berlari sekali.

"Bangga mempunyai Permaisuri Ag0ng seperti baginda," tulisnya di TikTok.

Tunku Azizah (kiri) sempat mengucapkan 'Selamat Hari Raya'.

Lebih istimewa, Tunku Azizah turut mengucapkan Selamat Hari Raya dan mendoakan wanita berkenaan memperoleh haji mabrur.

Arab Saudi menyambut Aidiladha pada Rabu, manakala umat Islam di Malaysia pula menyambutnya pada Khamis.

Berkongsi kegembiraan itu kepada mStar, wanita yang lebih dikenali sebagai Naimey itu mengakui berasa sangat teruja apabila terserempak dengan Tunku Azizah.
Hebatnya Permaisuri Ag0ng ni. Di mana berada tetap santuni rakyat.
NETIZEN
Naimey yang berasal dari Kelantan berkata, ketika itu dia baru selesai melakukan tawaf dan saie pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia).

"Sangat teruja waktu teng0k tu. Mula-mula tak pasti betul ke tidak TPA tapi saya cepat-cepat keluarkan telefon bimbit yang mana niat asal cuma nak selfie dari jauh je.

"Dari jauh tu TPA lambai-lambai. Tapi bila TPA teng0k saya keluarkan telefon bimbit untuk selfie dari jauh, baginda terus berlari menghampiri kami," katanya ketika dihubungi.

Keterujaan jelas tergambar di wajah Naimey.

Vide0 pertemuan Naimey dengan Tunku Azizah di akaun TikTok @naimeyjalil meraih lebih sejuta tontonan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dan terharu dengan peluang keemasan itu kerana dapat bersemuka dengan Tunku Azizah.

"Raja Permaisuri yang sangat merendah diri, mesra rakyat.

"Tak terkata, masyaAllah. Terlampau merendah diri sehingga berlari anak ke kita. Sebak teng0k Tuanku Permaisuri. Semoga dipanjangkan usia dengan penuh keberkatan.

"Hebatnya Permaisuri Ag0ng ni. Di mana berada tetap santuni rakyat. Semoga Allah merahmati Permaisuri Agong, Amin," demikian antara komen netizen.

Yang di-Pertuan Ag0ng, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Ag0ng, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melaksanakan tawaf dan saie haji di Masjidil Haram di Makkah, pada Rabu.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post