Perkahwinan MK K-Clique bersama pasangannya, Siti Hajaar Datuk Sri Dr Syeikh Nordin pagi tadi telah dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan berjalan dengan lancar.
MK serta Siti Hajaar telah selamat bergelar suam isteri apabila bernikah di Masjid Jami’il Huda, Ampang. Menurut pemilik nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan, persiapan pernikahan hanya dilakukan dalam masa dua minggu sahaja kerana mahu menyelesaikan perkara wajib dahulu.
Santuni ibu dan ayah
Antara momen yang menjadi perhatian sewaktu majlis pernikahan tersebut adalah sewaktu MK menyantuni ibu dan bapanya apabila memberi kejutan dengan menghadiahkan seutas gelang tangan kepada ibunya.
@hairiwhuutt3 alhamdulillah..dapat restu ❤️ #mkkclique #sitihajar #hairiwhuut #mkccliquenikah #foryourpage ♬ original sound - bigboss
Menerusi perk0ngsian yang dibuat salah satu akaun TikTok peminatnya, dapat dilihat penyanyi tersebut memeIuk dan memberikan bunga serta geIang tangan kepada ibu sebagai kejutan selepas dia bergelar suami.
@hairiwhuutt3 kasih ibu tiada noktah..bahkan sampai hujung dunia sekali pun 🥹 #mkkclique #sitihajar #hairiwhuut #mkccliquenikah #foryourpage ♬ original sound - bigboss
Dia muliakan ibu InsyaAllah isteri dilayan bagai bidadari
Momen berkenaan telah menyentuh hati banyak pihak dan rata-rata memuji tindakan MK yang memuliakan ibu tersayang.
Mereka juga mengatakan betapa beruntungnya isteri kerana tahu bagaimana dia memuliakan se0rang wanita melihat daripada layanan sewaktu mereka bersama ibu dan keluarga.
Untuk rek0d, MK telah mengikat tali pertunangan dengan Siti Hajaar pada 7 Mei 2023 dan diadakan secara tertutup.
Mereka mengakui telah empat tahun berkenalan dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas masing-masing mengakui selesa bersama.
Sebelum ini, video MK hadir ke kurus perkahwinan telah tular apabila dia diminta untuk memberi contoh lafaz akan nikah oleh penceramah.
Sumber: TikTok hairiwhuut3 / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.