Menerusi satu video, pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz isterinya yang juga selebriti terkenal, Neelofa berhasrat mempunyai ramai cahaya mata.
PU Riz berkata isterinya mahukan anak ramai seperti dalam pasukan bola namun dia menyerahkan soal rezeki cahaya mata itu kepada Allah.
“Seingat saya, dia (isteri) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja. Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya,” katanya.
Dalam video tersebut, Neelofa turut memberikan respon mengenai pendedahan suaminya bahawa dia tidak kisah mempunyai cahaya mata ramai selagi berkemampuan.
“Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata paling penting sebagai ibu bapa juga ada kemampuan untuk membesarkan mereka serta berpendapat anak-anak merupakan saham akhirat buat dia dan suami.
“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti,” katanya.
Sumber : ROTIKAYA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.