Tahniah bertukar takziah, pelajar 11A SPM imamkan sendiri s0lat jenazah ibu

Pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Syahril Saidi mengimamkan sendiri s0lat jen4zah ibunya Tuan Faridah Tuan Ismail yang meninggal dunia malam tadi akibat penyakit angin ahmar.

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menziarahi kediaman keluarga itu di Kampung Kandis, Bachok berkongsi tentang perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Adik Syahril yang menjadi imam untuk solat jenazah ibunya berdoa ‘Ya Allah, ampunkanlah ibuku, dan jumpakan kami di syurga-Mu’. Moga dirahmati Allah,” tulisnya.

Hantaran berkenaan memaparkan beberapa keping foto remaja berusia 18 tahun itu mengimamkan s0lat jen4zah bersama ratusan jemaah lain di sebuah masjid di Kandis pagi tadi.

Turut kelihatan dia mengusung jen4zah ibunya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Lati, Bukit Marak, Kota Bharu.

Kini bergelar yatim piatu, rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada Muhammad Syahril atas pemergian ibu tercinta selain mendoakan dia tabah menerima dugaan tersebut.



Terdahulu, kisah peng0rbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman itu mendapat perhatian warganet selepas tidak hadir ke sekolah untuk menerima keputusan SPM disebabkan perlu menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Pihak sekolah kemudian hadir ke rumahnya bagi menyerahkan keputusan cemerlang yang diperolehinya sekali gus menerima kunjungan orang ramai tanpa henti.

Sumber: Facebook Syahir Sulaiman, Berita Harian (Nor Amalina Alias) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post