‘Vide0 call’ untuk tahu keputusan SPM, jemaah haji syukur dapat 8A


Selepas dipilih menjadi tetamu Allah, se0rang remaja sekali lagi menerima berita gembira apabila mendapat keputusan 8A dalam kesemua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Menurut laporan K0smo!, Nur Saffiyah Nasuha Ramlan meraih A dalam subjek bahasa Melayu, Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Perakaunan dan C bagi Matematik Tambahan.

Jemaah haji muda

Berikutan keputusan membanggakan itu, dia layak menerima anugerah pelajar cemerlang Sek0lah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Raub, Pahang.

“Amalan saya ialah f0kus dalam kelas dan meIakukan kerja rumah yang diberi guru di rumah. Saya tidak memasuki kelas tuisyen dan hanya belajar dengan guru sedia ada di sek0lah.

“Saya akan mengaji selepas solat maghrib dan sentiasa berd0a agar diberikan kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan agama.

“Saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang ekon0mi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Kanada,” katanya yang ketika ini berada di Tanah Suci Mekah.

Bercerita lanjut, ibu Khuzaimah Abdul Talib, 58, dan bapanya Ramlan Abdul Majid, 60, mengambil keputusan berkenaan di sekolah sebelum mereka membuat panggilan vide0 sekitar pukul 10 pagi waktu Malaysia.

Rakaman panggilan vide0 mereka dimuat naik oleh K0smo! di laman Instagram sehingga meraih pelbagai reaksi dalam kaIangan netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan diperolehi Nur Saffiyah.



Sumber: Kosmo! (Mohd Turmadzi Madun), Instagram Kosmo! / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post