Sepuluh sekeluaga dikhuatiri lemas selepas penemuan mayat seorang wanita kira-kira jam jam 12.45 tengah hari tadi telah menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah apabila ia dihanyutkan ke sungai di kampung berkenaan.
Memetik laporan dari Buletin TV3, satu lagi mayat lelaki ditemui di tebing sungai berhampiran Tasik Hutan Sungai Air Putih.
Mungkin ada 8 lagi yang masih hilang
Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan turut mempercayai bahawa kedua-duanya lemas bersama 8 lagi yang masih hilang menjadi mangsa kepala air.
Pihak polis juga menemui sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dan sebuah motosikal kira-kira dua kilometer dari penemuan mayat wanita berkenaan.
Waris dicari di media sosial
Perkongsian daripada pengguna Facebook, Azrah Maisara juga telah mendapat perhatian ramai sehingga salah seorang waris mengakui bahawa mangsa adalah ahli keluarganya.
Minta orang ramai doakan agar mereka ditemui
Pengguna Facebook dikenali sebagai Syawal Eiyi meminta agar semua pihak dapat mendoakan agar ahli keluarganya ditemui dan masih berharap jika ada di antara mereka masih hidup.
Tambahnya, setakat ini, ibu bapa sudah bergegas ke lokasi kejadian memandangkan mangsa-mangsa yang terlibat adalah keluarga kakaknya.
Dalam pada itu, hasil siasatan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah dan mendapati mangsa telah lemas kesan dari kejadian kepala air yang berlaku di hutan Air Putih.
Kedua-dua mangsa yang ditemui telah dibawa di Hospital Kemaman dan identiti kesemuanya masih belum dikenal pasti.
Sumber: Buletin TV3, Facebook Azrah Maisara/ ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.