Agong, Permaisuri tumpah air mata... Berkenan sembah kenal balu, waris 6 wira negara yang terk0rban


FOTO memaparkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Agong yang sedang mengelap air mata mencuri perhatian netizen di media s0sial.

Menurut Istana Negara, Agong serta Permaisuri berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam angg0ta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terk0rban ketika menyertai Op Daulat pada Mac 2013, di Kampung Simunul, Sabah.

Seri Paduka Baginda berdua yang sebak menyaksikan persembahan pant0mim semasa Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada Isnin turut berkenan berangkat turun dari pentas utama bertemu balu serta waris wira-wira negara yang telah terk0rban.

Kemudian, Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengurniakan sumbangan kepada balu dan waris terbabit dalam pertemuan itu yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Agong berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam anggota PDRM yang terk0rban ketika menyertai Op Daulat pada 2013.

Waris-waris itu mewakili enam wira yang gugur pada 2 Mac 2013 iaitu ACP Ibrahim Lebar, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Salam Togiran dan DSP Michael Padel.

Wira-wira yang gugur itu adalah dari Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Am, Ibu Pejabat Polis K0ntinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Sabah.

Pada 12 Februari 2013, lebih 200 pengganas Sulu yang memperkenalkan diri sebagai Royal Sulu Force (RSF) mencer0boh secara berperingkat dari Pulau Simunul, Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkut di selatan Filipina ke Kampung Tandu0.

Kemuncak pencerobohan berlaku dengan kejadian tembakan pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan dengan RSF di Tanduo.

K0nflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post