‘Aku Ni Melawak Daripada Kau Kecil Lagi Ajak, Satu Haram Anugerah & Piala Pun Tak Pernah Dapat’

 


Di Instagram, pelawak Ajak Shiro berkongsi sebuah klip vide0 memaparkan Bell Ngasri pernah meluahkan rasa sedih kerana tidak pernah meraih apa-apa anugerah selama berada di dalam industri hiburan.

Kuat betul aura kali ini

Menerusi rakaman video sebuah program hiburan, Bell pernah berkata dia sering tersingkir awal daripada pertandingan tersebut dan tidak pernah membawa pulang sebarang trofi. Lebih sedih, Bell memberitahu dia sudah menjadi pelawak sejak Ajak kecil lagi.

Aku ni melawak daripada kau kecil lagi Ajak. Satu anugerah dan piala pun tak pernah dapat. Ajak, aku ni lapan kali masuk pertaPndingan ini dan tujuh kali tersingkir awal. Aku tak pernah rasa malu sikit pun. Kalau kau nak tahu, minggu kelapan minggu suku akhir ini minggu paling jauh aku pernah pergi. Apa salahnya Ajak dengan tema macam ni aku berangan.

Tersentuh dengan video tersebut, Ajak memuat naik satu posting khas buat sahabat baiknya itu. Menurut Ajak, dia berharap Bell menang Anugerah Pelakon Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang bakal diadakan pada 21 Julai ini.

Patut ke tak patut dia menang? Betul Bell ABP lebih 3 dekad dah. Tapi kau tak dapat lagi apa-apa anugerah. Insyallah Bell. Kuat betul rasa auranya kali ni. Kau memang layak dan tersangat layak. Jom kita undi Abg Bell. Biar dia pitam masa angkat Anugerah Artis Komedi Popular. Kalau tak layak juga kali ini maknanya bukan kamu tak layak untuk mereka. Tapi mereka yang tak layak untuk kamu. Semoga beroleh kejayaan Ngasrizal Ngasri.

Ujar Ajak, Bell layak untuk menerima anugerah pada tahun ini berikutan usaha yang telah dilakukan 0lehnya selama ini.

Sumber: Ajak Shiro / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post