Anak bingung ibu selalu sebut nak jumpa kakak meninggaI 20 tahun lalu, mujur b0leh pujuk dengan KFC - “Saya sedar dia tak banyak masa lagi”


Zaq tetap akan cuba penuhi walau apa pun permintaan ibunya.

SETIAP orang dikurniakan rezeki yang berbeza-beza.

Ada 0rang direzekikan tinggal bersama ibu ayah, ada juga yang diberikan peluang menjaga ketika mereka sakit.

Bagi Zaq Mansor pula, dia dan kakaknya Che Norlila mengambil tugas menjaga ibunya, Fatimah Samat yang berusia 84 tahun secara bergilir-gilir.

Terbaharu, perk0ngsian vide0 merakamkan gelagat ibunya yang dipujuk untuk makan Kentucky Fried Chicken (KFC) mendapat perhatian netizen.

"Masa video tu diambil, saya pergi beraya sambil melawat mak dekat rumah baharu kakak di Changkat Jering, Perak. Kami pun memang hanya dua beradik saja.

"Saya tinggal di rumah pangsapuri di KL jadi mak memang tak suka duduk rumah tinggi-tinggi macam tu. Sebelum ni, mak dan arwah ayah tinggal dekat Selayang jadi memang kerap saya lawat sebab dekat.

"Tapi sejak rumah tu dijual sebab masalah kewangan, kakak yang jaga mak selepas ayah meninggal memandangkan dia sudah tidak bekerja dua tahun lalu," ujar Zaq ketika dihubungi mStar.

Zaq berkata, ibunya yang kini sudah uzur sering meluahkan rasa rindu terhadap kakaknya yang sudah meninggal dunia 20 tahun lalu.

Ibu kini tinggal bersama kakak Zaq di Perak.

Malah, ibunya yang kini memerlukan penjagaan rapi ini juga sering menyatakan hasratnya ingin pulang ke Kelantan.

Memandangkan kesihatannya tidak begitu baik, Zaq terpaksa mengambil hati dengan memujuknya semula setiap kali wanita itu merajuk tidak dibawa pulang ke kampungnya di pantai timur.

Selain mengajak ibunya pergi bersiar-siar, Zaq atau kakaknya akan memujuk ibunya dengan membelikan KFC yang merupakan makanan kegemarannya sejak dahulu lagi.

"Mak selalu cakap dia bosan duduk rumah je jadi kalau nak pujuk kena ajak dia keluar pergi mana-mana berjalan. Selalunya dia akan merajuk dan minta untuk pulang ke kampung di Kota Bharu sebab dia rasa kakaknya hidup lagi.

Saya sedar dia tak banyak masa lagi dengan saya jadi kena luangkan waktu untuk selalu jumpa dia dan tunaikan janji saya.

ZAQ MANSOR

"Saya kena layan kerenah dia sebab dia cepat lupa dan sekarang pun kena pakai lampin. Berjalan pun terpaksa mengesot sebab kaki dah tak kuat untuk berdiri. Dia lebih selesa mengesot berbanding guna kerusi roda.

"Dari dulu mak memang suka ayam KFC. Saya boleh tahu dia suka ayam g0reng sebab setiap kali jumpa mesti dia tanya ada belikan ayam KFC dekat dia tak. Biasanya lepas makan seketul ayam saja, dia berhenti makan dah. Tapi baru-baru ni dia ulang makan seketul lagi selepas beberapa jam," ujarnya yang bekerja sebagai pemandu e-Hailing.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Zaq yang tinggal bersendirian di ibu k0ta berkata dia bakal membawa ibunya ke Kelantan pada hujung Julai.

Malah, Zaq yang kini berusia 50 tahun menyedari bahawa masa untuk diluangkan bersama ibunya juga sudah semakin singkat.

Ibu Zaq terpksa menges0t kerana tidak lagi berdaya untuk berjalan seperti biasa.

"Saya bercadang nak bawa dia pulang ke kampungnya di Kelantan sekejap hujung bulan ini. Kemungkinan berdua sahaja. Saya sedar dia tak banyak masa lagi jadi kena luangkan waktu untuk selalu jumpa dan tunaikan janji saya.

"Duit boleh cari tapi mak kandung hanya satu sahaja yang kita ada. Saya tak jaga mak sebab kakak ada banyak masa dan tak bekerja. Jika saya jaga, agak sukar sebab saya tinggal se0rang dan tak ada siapa akan jaga mak di KL.

"Pesanan saya pada mereka yang ada mak, jagalah mereka sebaik mungkin. Penuhi permintaan dia walau susah macam mana pun. Jika berjauhan, luangkan masa walau sebulan sekali untuk jumpa mak," ujarnya menitipkan nasihat.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post