Seorang bayi berusia setahun 7 bulan lemas selepas bapanya terlepas pegangan ketika sedang menaiki kayak di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling.
Bapa tergelincir, bayi terlepas
Memetik laporan dari Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memaklumkan yang bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum bayi yang dipegang terlepas dari pegangan dalam kejadian sekitar 11.50 pagi tadi.
Mangsa, Adryan Mikail Mohd Afiq difahamkan telah dihanyutkan arus sungai sehingga ke Kampung Sungai Limau.
“Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian” ujarnya.
Jumpa lepas 10 minit laung azan
Menerusi perkongsian video yang dibuat Instagram Kosmo! dapat dilihat bapa mangsa telah melaungkan azan dalam keadaan sebak sebagai salah satu ikhtiar anaknya ditemui segera.
Lebih kurang 10 minit azan dilaungkan, mayat bayi berkenaan berjaya ditemui.
Mayat Adryan Mikhael Muhammad Afiq telah ditemui sekitar jam 12.45 tengah hari tadi dengan bantuan penduduk setempat.
Jenazah juga telah dibawa ke Hospital untuk tindakan lanjut.
Sumber: Buletin TV3, Instagram Kosmo! / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.