Minggu lalu, hantaran Maryam You Narae mengenai ibunya yang ikut solat subuh sebelum balik ke Korea telah menarik perhatian ramai. Seakan-akan menunjukkan minat mendekati agama Islam, ramai netizen mend0akan yang baik-baik termasuklah sem0ga hidayah menjadi milik wanita pertengahan usia itu.
Ibu duduk atas kerusi…Bila I berdiri, ibu berdiri, bila ramai macam, ibu ikut je…Alhamdulillah
Paling mengharukan, rupanya ibu Maryam bukan sekadar menemani anaknya ke rumah Allah pada hari tersebut. Siapa sangka secara diam-diam, dia turut ikut pergerakan sembahyang meskipun tidak begitu mengetahuinya. Influencer itu mendedahkan detik sebak bagaimana dia melihat ibunya berdiri dan duduk seperti jemaah-jemaah lain.
Lepas keluar dari rumah Allah, bila kata tenang…Ibu percaya G0d is only ONE
Tambah selebriti media s0sial ini, dia tidak pernah memaksa ibunya untuk ikut menunaikan solat. Namun hatinya sebak setelah ibunya memberitahu merasa amat tenang selepas keIuar dari rumah Allah itu. Jika sebelum ini ibunya bersifat terbuka dan tidak kisah Maryam mahu menganut agama mana, kini dia semakin berminat untuk belajar tentang Islam.
Bila ibu teringin nak dekati Islam, saya serahkan pada Maryam…Dia lebih dekat dengan ibu
Ryzal Ibrahim selain menantu juga meraikan dan menyambut baik minat yang ditunjukkan oleh ibu mentuanya. Tentang penerangan mengenai Islam, dia menyerahkan hal itu kepada Maryam kerana hubungan anak beranak pastinya lebih dekat dan ibunya sudah tentu Iebih mudah menerima penjeIasan daripada anak sendiri.
KREDIT : Instagram Maryamyunrrr & YouTube mStar / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.