Bosan duduk rumah, mak abah jalan2 ke butik siap ‘photoshoot’ baju pengantin

 


Apabila anak-anak meningkat dewasa, pastinya ibu dan bapa akan mulai bosan sentiasa di rumah memandangkan rutin harian seperti keluar bekerja sehingga petang sudah tidak dilakukan.

Jadi, kebanyakan mereka memilih untuk menghabiskan masa berdua bagi menghilangkan rasa sunyi dengan pelbagai aktiviti.

Mak abah bosan duduk rumah

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai azurabohari88 apabila memuat naik momen ibu dan bapa yang singgah ke butik pengantin kerana kebosanan berada di rumah.

@azurabohari88

tahun ni tahun ke 38 tahun abah Dan mak membina masjid Dan Mempunyai anak yg taat lagi cantik seperti Ku.. umur abah 68 umur mak 57 beza 11 tahun sbb dlu abah tipu mak masih nk kawen..dia kata umur nya 21 padahal umur dah 29 tahun time kawen.. mak X bercinta sgt pun time tunang.. org dulu2 kan 😅😅 bila dah kantoi, kawen je lah.. nk buat mcm mana dah jodoh 🤣🤣 semoga abah Dan mak kekal sihat Dan Di panjangkan umur, kerana Kami belum puas bahagiakan mak abah ♥️♥️

♬ Nyaman - Ash Fasryll

Cuba baju siap photoshoot

Menurut pengguna TikTok yang juga pengusaha butik pengantin, ibu dan bapanya telah datang sambil melihat-lihat pakaian pengantin yang berada di sana.

Tanpa disangka, ibunya telah ‘memaksa’ bapa untuk memakai pakaian pengantin lelaki dan mereka sedondon mengenakan busana songket bewarna hijau lengkap dengan aksesorinya sekali.

Lebih ‘sweet’ lagi, mereka juga mahu bergambar seperti pengantin baru dengan masing-masing tersenyum malu sewaktu diminta untuk bergaya mesra.

Kita pula senyum2 tengok

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mengakui tersenyum melihat momen berkenaan kerana tumpang bahagia apabila pasangan warga emas itu tetap mesra dan romantik walaupun sudah berusia.

Mereka juga mendoakan agar ibu bapa kepada pengguna TikTok berkenaan terus diberi kesihatan yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhir masa.




Sumber: TikTok azurabohari88 / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post