“Cucu baru atuk ni”–Terubat kerinduan, Raissuddin bahagia temui kanak2 mirip arwh anak

Penyanyi dan pelakon era 80-an, Raissuddin Hamzah dilihat tersenyum bahagia apabila bertemu  kanak-kanak yang wajahnya mirip dengan allahyarham anak tersayang iaitu Siti Sarah Raissuddin selepas menempuh perjalanan hampir 7 jam.

Jumpa cucu baru

Menerusi Instagram beliau, Raissuddin menulis kapsyen ringkas dengan mengatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Miza sebagai cucu barunya.

Tersenyum bahagia

Beliau juga terlihat bahagia sekali apabila tersenyum melihat kanak-kanak tersebut yang tular selepas ada ahli keluarganya memuat naik video di TikTok baru-baru ini.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan isterinya, Siti Fatimah Saberi, akhirnya kerinduan terhadap allahyarham Siti Sarah sedikit terubat selepas melihat adik Miza yang dipercayai ditemui di negeri Kedah.

Dalam pada itu, ahli keluarga adik Miza turut memuat naik momen pertemuan mereka dan memuji anak sulung arwh yang cukup ramah walaupun baru pertama kali berjumpa.

@atyra.am__ uwais ni comel and peramah gile ❤️ #fyp #pageforyou ♬ bunyi asal - Atyra.AM__

Jarang2 tengok atuk senyum

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang perasan wajah Raissuddin begitu bahagia lebih-lebih lagi apabila tersenyum lebar melihat adik Miza.

Mereka juga mengatakan jarang melihat selebriti itu tersenyum sebegitu dan berharap agar hubungan antara mereka berterusan sampai bila-bila.



Terdahulu, tular di media sosial apabila wajah seorang kanak-kanak dikatakan mirip allahyarham Siti Sarah Raissuddin selepas membuat naik video adik Miza di TikTok.

Beberapa video kanak-kanak perempuan tersebut juga jelas mempunyai kesamaan dengan arwah dan perkara tersebut diakui sendiri oleh Shuib Sepahtu dan juga Raissuddin Hamzah.

@atyra.am__ Aku harap abang @SHUIB SEPAHTU tengok ni ! Ada iras iras tak? korang tag dia kejap sampai dia tengok video ni ❤️ #fyp #pageforyou #fypシ゚viral ♬ suara asli - TORONTO

Sumber: TikTok atyra.am_, Instagram raissuddinhamzah, suciuwais / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post