Memiliki pasangan yang baik adalah impian setiap orang. Tidak semua insan bertuah dipertemukan dengan pasangan yang betul-betul ikhlas mencintai dan sanggup melakukan apa sahaja. Realitinya masih wujud insan yang sanggup bertaruh hayat seperti yang dilakukan oleh Mohamad Al Bukhari Ellia demi kesihatan isteri tercinta.
Isteri disahkan hidap buah pinggang
Lelaki berusia 25 tahun ini mendedahkan bahawa isterinya, Nurul Hasanah Salim telah dikejarkan ke pusat rwatan kerana mengalami komplikasi yang teruk pada buah pinggang. Simptom yang dialami adalah seperti badan berasa sejuk, tak larat dan nak muntah selepas seminggu mereka selamat berkahwin. D0ktor mengesahkan bahawa isterinya ada masalah buah pinggang kerana 0rgan tersebut mengecut dan hanya mampu berfungsi sebanyak 5% sahaja melalui hasil pemeriksaan yang dilakukan.
Derma buah pinggang kiri buat isteri
Dengan mengikut saranan d0ktor, lelaki yang lebih mesra di sapa dengan nama Bukhari ini menawarkan diri untuk menjadi penderma buah pinggang kerana tidak mahu rawatan dialisis terus dilakukan terhadap Nurul Hasanah. Bukhari sangat bersyukur kerana layak menderma selepas menjaIani saringan meskipun perlu menunggu sehingga 2 tahun bagi menjalankan transplan buah pinggang. Itupun selepas 2 kali pemindahan organ itu hampir gagaI akibat k0mplikasi ketika 0rgan dimasukkan ke saluran pundi.
“Lagipun 0rgan yang saya ada itu pinjaman Allah SWT”- Bukhari
Meskipun terdapat segelintir pihak mempers0alkan tindakannya, dia lega kerana hasil ikthiarnya, kini isterinya tidak lagi menderita akibat buah pinggang dan keadaannya sudah bertambah baik. Sejujurnya, lelaki yang mencari rezeki di Tapak Gerbang Malam, Pusat Bandar Bagan Serai, Perak ini gementar dengan tindakan sendiri namun dia percaya organ yang dimiliki hanyalah pinjaman Tuhan, jadi tidak salah untuk dia mendermakan pada buah hatinya itu.
Kredit: Harian Metro & Tiktok Qoryellia / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.