PEMERGIAN seorang ketua keluarga cukup memberi impak besar buat famili ini.
Begitulah yang dirasai Ummu Noor Hafshah Mohd Zuki, 28, anak sulung kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 37 Jalan Gua Musang ke Jeli, Kelantan pada Khamis.
Dalam insiden itu, bapanya, Mohd Zuki Mohamed Ali, 55, bersama dua adik lelaki, Muhammad Hasbullah, 15, dan Muhamad Huzaifah, 18, dalam perjalanan ke Dabong, Kuala Krai untuk menghadiri majlis tahlil malam ke-40 arwah datuk mereka kira-kira jam 5.30 petang.
Menurut Ummu Noor Hafshah. keluarganya menerima panggilan daripada seorang individu kira-kira jam 6.20 petang menggunakan telefon bimbit Muhamad Huzaifah, memaklumkan bapa dan dua adiknya terbabit kemalangan.
"Seminggu sebelum ini memang ada perubahan sikap arwah abah yang lebih banyak diam. Namun kami tidak mengesyaki apa-apa.
"Malah arwh yang mengajak dua adik lelaki bersama untuk ke majlis tahlil arwah datuk di Dabong dan katanya ini adalah kali terakhir," kata Ummu Noor Hafshah, memetik laporan Harian Metro.
Pemandu ambulans dan anak lelakinya maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori muatan kayu. -Gambar Fb Motorsports Malaysia
Dalam kejadian 6.15 petang Khamis, Mohd Zuki yang juga pemandu ambulans dan Muhammad Hasbullah,15, maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori muatan kayu.
Muhammad Hasbullah baru seminggu tinggal bersama keluarga di di Kampung Kerinting, Gua Musang kerana sebelum ini belajar di sekolah tahfiz.
"Adik baru bertukar ke Sekolah Menengah Agama (A) Maahad Muhammadi Gua Musang minggu lalu.
"Arwh bersungguh untuk bertukar sekolah kerana ingin bersama keluarga," katanya yang mempunyai lapan adik-beradik.
isteri mangsa, Noor Azizah Ismail, 51, berkata kehilangan dua ahli keluarga sekelip mata adalah ujian amat berat namun dia reda dan akan kuatkan semangat demi anak-anak.
Jenazah dua beranak selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting pada Jumaat.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.