Gagal Tahan Sebak, Pak Cik Nangis Sambil Kebumi Kucing Kesayangan

Kucing merupakan antara binatang yang biasa dipelihara oleh kebanyakkan masyarakat dunia. Mana tidaknya, selain comel, haiwan lincah ini jugak merupakan peneman yang setia bersama orang yang menjaganya. Oleh itu, ikatan di antara kucing dan tuan yang memeliharanya amat utuh ibarat saling melengkapi satu sama lain. Jadi bila salah satu dari komponen hubungan ini “pergi” terlebih dahulu, ia akan memberikan kesedihan yang tidak terhingga.

Gagal tahan sebak waktu kebumi kucing kesayangan

Inilah yang menimpa seorang pak cik yang sedang meniti usia emas apabila kucing kesayangannya pergi selamanya. Menerusi sebuah video Tiktok yang dikongsikan @Mattop_55, pak cik yang juga merangkap bapa si empunya akaun kelihatan gagal menahan sebak sambil menyebut Allahuakbar ketika sedang mengebumikan kucing itu di sebuah tanah lapang.

@mattop_55 Kucing kesayangan abah pergi untuk selamanya. First time tengok abah nangis macam ni😭#fyp #pecintakucing ♬ Syi'ir Tawasul Al-Rifa'ie - Al-Rifa'ie Satu

Selalu sambut waktu pulang Subuh

Berdasarkan video lain yang dikongsikan akaun ini, kucing bernama Louis itu digambarkan akrab dengan bapanya. Setiap kali haiwan putih ini ingin makan bapanya akan duduk dan menemaninya. Bahkan, apa yang lebih menyayat hati, Louis merupakan makhluk pertama yang menyambut bapanya setiap kali beliau pulang dari menunaikan solat Subuh di masjid.

Netizen sebak, kongsi pemergian kucing masing-masing

Video berdurasi 1 minit itu berjaya meraih 953.9 ribu tontonan, 90 ribu likes dan 1891 komen setakat artikel ini dibuat. Rata-rata komen meluahkan rasa sedih dan sebab di samping berkongsi tentang pemergian kucing masing-masing. Antara komen yang boleh dipaparkan adalah seperti berikut:

Kredit: TikTok Mattop_55 / Kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post