Video tular menunjukkan seorang kanak-kanak yang mirip dengan allahyarham Siti Sarah Raissuddin baru-baru ini telah mempertemukannya dengan bapa arwah apabila selebriti 80an itu telah bertemu secara langsung dengan kanak-kanak berkenaan.
Raissuddin Hamzah dan isteri telah mengharungi perjalanan selama 7 jam demi bertemu kanak-kanak dikenali sebagai adik Miza itu.
Gayakan tudung keluaran arwah
Terbaru, menerusi Instagram allahyarham Siti Sarah, pengendali akaun tersebut telah memuat naik video adik Miza menggayakan tudung keluaran arwah iaitu Loveta.
Ternyata wajah kanak-kanak berkenaan begitu mirip sehingga Shuib Sepahtu menulis komen mengakui sangat merindui arwah apabila terpandang wajah adik Miza.
“Baru faham kenapa Allah kurniakan 7 0rang muka seiras”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui bahawa wajah adik Miza memang hampir sama dengan arwh dan ramai yang mulai faham mengapa sebelum ini kerap mendengar kata-kata bahawa ada tujuh orang yang wajah hampir sama dengan kita di atas muka bumi.
Ada juga yang perasan bahawa wajah kanak-kanak tersebut juga sama dengan anak-anak Shuib dan tidak pelik jika dikatakan mereka adalah adik beradik.
Sumber: Instagram sitisarahraissuddin / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.