PENDAKWAH selebriti Da'i Syed memaklumkan isterinya iaitu Hana Ismail mengaIami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu.
Syed atau Syed Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, berkata, meskpun berat namun dia dan isteri reda dengan kejadian itu.
"Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami dan isteri inginkan cahaya mata.
Hana dan Syed reda dengan ujian yang diterima.
"Sejujurnya, isteri saya memang hamil... tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja," katanya.
Syed berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu.
Menerusi video yang dikongsi, Syed dilihat sedang menenangkan isterinya yang terlantar di katil hospital.
Tambahnya lagi, dia memohon orang ramai untuk mendoakan Hana yang akan menjalani rawatan mencuci rahim selepas keguguran di sebuah hospital.
"Hari ini, isteri saya akan menjalani proses D&C (proses keguguran) di hospital KPJ... mohon doakan untuk beliau," ujarnya.
Sebelum ini, ketika dihubungi mStar, Syed berkata dia belum bersedia untuk berkongsi berita gembira ini dan akan mendedahkannya apabila tiba masa yang sesuai.
Ia susulan Syed dan Hana pernah berkongsi video mempromosikan produk kesihatan wanita di laman Instagram masing-masing seolah-olah memberi gambaran mereka bakal menimang cahaya mata pertama.
Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.